Nuffnang Ads

Selasa, Ogos 20, 2013

SELAMAT TINGGAL JDT - FANDI AHMAD

TINGGAL KENANGAN... Fandi tidak lagi akan membimbing Johor DT.
JODOH lagenda Singapura, Fandi Ahmad bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berakhir selepas hampir satu musim menabur bakti membimbing pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu persatuan dan Fandi bersetuju untuk mengikut haluan masing-masing selepas membuat pertimbangan yang teliti serta persefahaman bersama.

Sambil menyifatkan Fandi sebagai seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap, PBNJ menyatakan persatuan ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.

"Pintu sentiasa terbuka bagi Fandi di PBNJ dan beliau sentiasa dianggap seperti keluarga di sini.

"PBNJ juga sentiasa bersedia memberi sokongan dalam sebarang usaha yang bakal diceburi beliau pada masa akan datang.

"Ini merupakan berita yang mendukacitakan buat PBNJ dan juga para penyokong Johor, namun PBNJ mendoakan yang terbaik buat Fandi," katanya.
Fandi Ahmad
PBNJ turut menyatakan Fandi telah banyak menabur bakti dalam pembangunan bola sepak Johor.

"Jasa dan sumbangan beliau terhadap projek bola sepak Johor akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh PBNJ dan penyokong," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: