Nuffnang Ads

Rabu, September 25, 2013

SUBHANALLAH PULAU MUNCUL DARI LAUT SELEPAS GEMPA BUMI DI PAKISTAN

INILAH pulau yang muncul selepas gempa bumi di Pakistan
Satu gempa bumi besar telah melanda kawasan terpencil di barat Pakistan pada pagi (24 Sept 2013) menyebabkan sebuah pulau yang tidak diketahui sebelum ini telah muncul dari laut berhampiran luar pantai selatan negara itu. Kesan gempa bumi itu dirasai sejauh New Delhi, India, di mana bangunan bergegar sehingga beratus-ratus kilometer ke timur.


Dilihat dari udara pulau yang baru muncul ini tinggi 60 kaki (18 meter),Panjang 100 kaki (30 meter) dan seluas 250 kaki (76meter).  


ORANG ramai melihat pulau yang muncul secar tiba-tiba ini
Gempa bumi sekuat magnitud 7.8 yang melanda wilayah Baluchistan, Pakistan. Wilayah yang bersempadan dengan Iran, kebanyakannya terdiri daripada padang pasir dan gunung dan pernah dilanda beberapa gempa bumi sebelum ini.
LOKASI gempa bumi 
KEKUATAN gempa 7.8 telah  mewujudkan pulau yang tidak bernama ini
Tetapi tidak ada satu pun daripada gempa itu cukup kuat untuk menyebabkan dasar laut terkeluar, Seperti yang berlaku pada pagi 24 sept 2013 ini, dan mewujudkan sebuah pulau kira-kira 600 meter dari pantai Gwadar, Pakistan di Laut Arab.

TV Pakistan iaitu Geo News menganggarkan pulau itu kira-kira 100 kaki panjang.
MANGSA yang terselamat
Timbalan speaker Dewan Undangan Baluchistan, memberitahu Reuters bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada rumah-rumah di daerah Awaran di Pakistan telah runtuh dan mengorbankan banyak nyawa.
MUSNAH semuanya...
Ketua Setiausaha Babar Yaqoob berkata bahawa beliau menjangka angka kematian meningkat kerana masih ramai kelihatan terperangkap di dalam rumah mereka yang ranap. Lebih kurang 200 tentera sedang membantu orang keluar dari runtuhan dan menyelamatkan penduduk.

KEJADIAN GEMPA BUMI DALAM AL QURAN

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim 

Kalau kita cari perkataan gempa bumi dalam Al Quran, perkataan gempa bumi secara tegas dinyatakan sebanyak 4 kali, iaitu pada Surah Al A’raaf (ayat; 78, 91 dan 155) Dan Surah Al-Ankabut ayat 37. Dalam Surah Al An’aam ayat 65.

Seterusnya kalau dikembangkan lagi dengan perkataan “Bumi bergoncang”, maka akan ditemui sebanyak 4 kali juga, iaitu pada Surah Ar Ra’d ayat 31, Al Waaqi’ah ayat 4, Surah Al Fajr ayat 21 dan Surah Al Zalzalah ayat 1. 

Keadaan ini menunjukkan bahawa jauh sebelum itu,Al Quran telah menjelaskan tentang peristiwa gempa bumi. 

Secara etimologi, maksud gempa bumi adalah merupakan peristiwa alam, terjadi secara mendadak, kerana pelepasan tenaga terpendam, akibat daripada pergeseran relatif batuan/lempeng tektonik/kerak bumi. 

Merujuk kepada maksud tersebut, maka dalam Al Quran dalam Surah Al Zalzalah ayat 1 dan 2, secara jelas dikatakan Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya.

Menurut teori, gangguan implusif adalah seperti gempa bumi tektonik, erupsi volkanik, dan gelongsoran (land slide). Tsunami menyebabkan terjadinya bencana di darat dan dilaut, sebagaimana yang dijelaskan pada Surah Al An’am ayat 63, dimana Allah menanyakan kepada manusia iaitu :

Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut ?. 

Fenomena terjadinya runtuhan, dan terbentuknya gunung-gunung dan pulau-pulau akibat pergerakan kerak bumi ini boleh ditemui dalam Al Quran pada : 

1) Surah Ar Ra’du ayat 41 : 
“dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangkan daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendakNya), tidak ada yang dapat menolak ketetapanNya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisabnya”. 

2) Surah An Naba ayat 6 dan 7, iaitu :
“Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak? Manusia diseru dalam Surah Thaha ayat 81, iaitu :
“Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia”. 

Pesanan Allah ini selalu diabaikan oleh manusia, sehingga terjadinya sumber daya yang berlebihan, contohnya pengeluaran minyak bumi, gas cairdan sebagainya, sehingga telah menimbulkan kesan kepada generasi berikutnya. 

Bukan saja eksploitasi terhadap sumber daya yang dilakukan oleh manusia, manusia itu sendiri juga telah mengeksploitasi dirinya sendiri, sehingga telah menimbulkan kehidupan yang tidak harmoni antara manusia dengan alam.

Dan manusia dengan manusia, apalagi manusia dengan Sang Khaliq, seperti yang digambarkan dalam Surah Ar-Ruum ayat 41 iaitu
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. 

Semua bencana ini tidak akan terjadi, apabila semua manusia itu tunduk dan patuh untuk melaksanakan seluruh perintah dan menghentikan semua larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Sebagaimana yang disampaikan pada Surah Al Hadid ayat 22, iaitu “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. 

Dari beberapa tinjauan yang disampaikan di atas, terjawablah bahawa gempa bumi merupakan proses dari Allah untuk penyempurnaan ciptaan-Nya. CiptaanNya yang sempurna ini, bukan hanya berlaku kepada bumi, tetapi juga kepada penghuninya. 

Wallahua’lam bish Shawwab
Barakallahufikum










Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: