Nuffnang Ads

Rabu, Oktober 23, 2013

LG POCKET PHOTO CETAK TERUS DARIPADA TELEFON

JANGAN simpan foto sampai jadi pekasam...
LG POCKET PHOTO 
Kebiasaannya selepas anda merakam foto menggunakan telefon pintar, anda akan terus menyimpannya dan terperap dalam memori atau sekadar berkongsi di Facebook atau Whatsapp yang membosankan.

Apa kata kita gunakan cara lama (seperti zaman menggunakan kamera polaroid) untuk mencetak foto seterusnya berkongsinya dengan saudara atau rakan terdekat menggunakan pencetak kompak LG Photo Pocket. 

Pastinya LG Pocket Photo adalah aksesori terbaik untuk telefon pintar terutama musim cuti persekolahan tidak terlalu jauh di depan. 
BERBALOI memilikinya
Pencetak kompak terbaru yang ringan ini mempunyai saiz sama dengan telefon pintar biasa di pasaran, namun lebih tebal dan berat (215g).

Menariknya, pencetak kompak ini tidak ­menggunakan sebarang katrij, tetapi ia bergantung kepada kertas ZINK ­iaitu teknologi kertas yang menghasilkan warna sebaik dipanaskan dalam pencetak terbabit.

Setakat ini, terdapat dua jenis kertas iaitu ZINK dan ZINK 2.0, ­namun lebih baik jika anda menggunakan kertas jenis ZINK 2.0 yang lebih baik. 

Ia dijual pada harga RM49.90 untuk tiga paket yang masing-masing ­mengandungi 30 helai kertas bersaiz sebesar kad kredit. 

Apa yang perlu anda lakukan hanya memindah turun aplikasi LG Pocket Photo yang boleh ­didapati menerusi App Store atau Google Play dan ­menyambungkan pencetak terbabit ke telefon menerusi sambungan Bluetooth atau NFC. 

Cara ringkas adalah merakam foto sebelum ­mengklik butang cetak, namun anda juga boleh mendapatkan suntingan khas untuk foto tertentu sebelum mencetaknya. 
SENANG digunakan
Tempoh masa cetakan mengambil masa kira-kira 30 saat manakala baterinya bertahan bagi 200 cetakan. 

Meskipun ia hanya menawarkan satu saiz cetakan saja iaitu 2 x 3 inci, tetapi ia masih aksesori yang menyeronokkan ketika acara seperti hari lahir dan sebagainya. 

LG Pocket Photo dijual pada harga kira-kira RM399. 

INFO 
LG Pocket Photo 
Harga: RM399 
Pengeluar: LG Malaysia 
Pertanyaan: LG Malaysia 
Laman Web: lg.com.my 
Ciri: Pencetak kompak 
Pro: Pantas mencetak 
Kontra: Harga kertas mahal

SOURCE LINK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: