Nuffnang Ads

Sabtu, Oktober 19, 2013

SUKA MAKAN MAKANAN PANAS SILA BACA INI

Suka makan dalam keadaan panas?  Mari kita fikir sejenak tuntunan Nabi Muhammad S.A.W "Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. " ( HR. Baihaqi) .

Jika makanan atau minuman yang hendak engkau nikmati masih panas, tunggulah sehingga sejuk atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya . Ingatlah sabda Nabi S.A.W, " Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan (Malah mudarat kepada kesihatan) pada makanan atau minuman yang panas. " (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).

Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad, "Nabi S.A.W tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas. " Beliau juga bersabda, " Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " ( HR . Darimi dan Ahmad). 

Di antara barakah makanan yang sejuk manurut Imam Nawawi rahimahullahu ta'ala adalah, tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh. Maka, masihkah mahu makan kambing panas- panas?

SUKA MAKAN SATE ATAU BARBEKU:
Suka makan sate atau barbeku? Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu sebagaimana termaktub dalam At -Targhib Wat- Tarhib. "Pernah Rasulullah S.A.W mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar.

Mereka mengajak beliau makan sama, tapi beliau menolak dan tidak makan. Anas bin Malik radhiyallahu ' anhu berkata, " Rasulullah tidak menyukai makanan bakar dan makanan panas. "

Beliau bersabda sebagaimana terdapat dalam Al- Jami'ush Shaghir, "Makanlah makanan yang sejuk sebab makanan sejuk itu ada barakahnya. Ingatlah! Makanan panas itu tidak ada barakahnya . "

SUKA MAKAN SUP PANAS-PANAS:
Suka makan sup? Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu' anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memakan sup kaki kambing yang dikirimkan Abu Bakar radhiyallahu' anhu.

Apa yang patut kita lakukan ketika makan? Kata Imam Nawawi dalam Al- Adzkaar , "Dianjurkan berbicara ketika makan. " Imam Ahmad rahimahullahu ta'ala berkata, " Makan sambil memuji Allah itu lebih baik daripada makan sambil diam"

BAHAYA MENIUP DAN MAKAN MAKANAN PANAS DARI SEGI SAINS:
Makanan dan minuman yang panas tersebut mengeluarkan wap air iaitu H2O.
Apabila kita meniupnya, kita memberikan gas kumuhan kita yang mengandungi karbon dioksida iaitu C02.

Wap air tersebut apabila bercampur dengan gas karbon dioksida akan bertindak balas dan menghasilkan asid karbonik yang bersifat berasid.

H2O + CO2 -> H2CO3

Di dalam darah kita pula terdapat H2CO3 yang berguna untuk mengatur pH di dalam darah. Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mengekalkan pH) supaya berkeadaan asid lemah berupa H2CO3 dalam bentuk HCO3- sehingga darah memiliki pH antara 7.35 – 7.45 dengan reaksi sebagai berikut:

CO2 + H20 <= H2CO3 => HCO3- + H+

Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung terhadap perubahan yang terjadi secara tiba-tiba dalam pH darah. 

Apabila terdapat perubahan boleh menyebabkan keseimbangan pH darah tidak dapat dikekalkan dalam keadaan normal sama ada bersifat lebih berasid atau beralkali dan keadaan ini akan menggangu sistem tubuh kita.

Apa yang berlaku setelah kita makan atau minum makanan tersebut akan menambahkan keasidan darah kita dan menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih berasid (pH akan menurun).

Seiring dengan menurunnya pH darah, pernafasan menjadi lebih cepat sebagai usaha tubuh untuk menstabilkan keasidan darah pada tahap normal dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida.

Ginjal juga berusaha mengatasi masalah tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid melalui urin.

Tetapi kedua-dua mekanisme tersebut tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid.

KESAN JANGKA PANJANG: 

Akan menyebabkan lelah, rasa mengantuk, mual dan mengalami masalah pemikiran disebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan teratur. Sehingga boleh menyebabkan penyakit tekanan darah rendah, strok, malahan boleh menyebabkan koma dan kematian.

Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa udara hembusan kita juga mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.

Oleh itu, cubalah sedaya upaya elakkan diri daripada meniup makanan yang panas. Dalam Islam sendiri tidak digalakkan meniup makanan dan tidak digalakkan memakan makanan yang panas. 

Sebab itu Nabi saw. melarang kita daripada minum air lebih dari tiga teguk untuk mengelakkan kita daripada menghembus nafas ke dalam air, dan terdapat hadis Rasullullah saw. yang menyatakan bahawa tiada keberkatan pada makanan panas.

BAHAYA MAKANAN YANG DI BAKAR DARI SEGI SAINS:
Fakta sains menyatakan Arang untuk memanggang daging boleh menyebabkan anda terdedah pada risiko untuk terkena kanser. Tentu anda tidak ingin terkena penyakit mematikan ini kan?

Arang untuk memanggang bahaya untuk kesehatan Anda, jika dilakukan secara berlebihan. Pembakaran arang atau kayu boleh menyebabkan pembentukan hidrokarbon dan partikel jelaga yang berbahaya untuk kesehatan Anda.

Ada dua jenis bahan karsinogenik terhasil dengan arang untuk memanggang daging. Dua bahan yang terbentuk inilah jika di ambil berlebihan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan barah.

* Hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH).

* Amina heterosiklik (HCA).

Subhanallah, semua yang dilarang Nabi Muhamad S.A.W ternyata dan terbukti kebenarannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: