Nuffnang Ads

Rabu, November 06, 2013

INDIA LANCAR KAPAL ANGKASA KE MARIKH

ROKETseberat 350 tan digunakan untuk membawa kapal angkasa tersebut.
NEW DELHI - Misi pertama India ke Marikh berlepas semalam ketika negara berkenaan berusaha menjadi negara Asia tunggal yang sampai ke Planet Merah berkenaan.

MISI Mangalayaan akan menerjah planet Marikh
"Pelancaran berlaku," kata seorang pengulas televisyen apabila roket merah dan hitam itu berlepas pada pukul 2.38 petang dari pusat pelancaran angkasa lepas di Sriharikota.

Roket seberat 350 tan digunakan untuk membawa kapal angkasa tersebut.

LIHAT VIDEO

India belum pernah melancarkan roket untuk perjalanan angkasa lepas manakala lebih separuh misi ke Marikh gagal termasuk misi oleh China pada 2011 dan Jepun pada 2003.

Misi Pengorbit Marikh itu yang dikenali sebagai Mangalyaan di India diumumkan 15 bulan lalu oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh selepas misi serupa oleh China gagal.
MEGAH...India negara asia pertama ke Planet Marikh
"Kami (bukan cuba bersaing dengan sesiapa) tetapi bersaing dengan diri sendiri," kata Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), K. Radhakrishnan.
Kapal angkasa berwarna emas sebesar sebuah kereta kecil itu dilancarkan untuk mengesan kewujudan metana di atmosfera Marikh.

Kehadiran metana merupakan bukti bahawa terdapat hidupan primitif di planet itu.

Kekurangan kuasa untuk melakukan penerbangan terus, kapal angkasa itu akan mengorbit Bumi selama hampir sebuah untuk mengumpul pecutan bagi melepasi graviti Bumi.

Selepas itu, kapal angkasa tersebut akan melakukan perjalanan ke Marikh yang mengambil masa selama sembilan bulan.
KAPAL ANGKASA India "Chandrayaan" yang telah di hantar ke Bulan
Pelancaran tersebut dilakukan lima tahun selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan.

Misi tersebut menelan belanja sebanyak AS$73 juta (RM231 juta).

Kos itu kurang satu per enam daripada perbelanjaan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk misi penghantaran kapal angkasa ke Marikh hujung bulan ini. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: