Nuffnang Ads

Rabu, November 20, 2013

VILLA NABILLA TETAP MISTERI

JOHOR BAHRU: Budak lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuah banglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai.
TEMPAT ni nyaman dan tenteram...tapi agak menyeramkan kata pengunjung KarimJb.
Laporan Khas Pelajar Hilang di Villa Nabila

LIHAT VIDEO

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, di sini.

Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar pukul 2 pagi Selasa.
TINGGAL kenangan,Villa Nabila akan ditutup dan dijadikan kawasan larangan orang awam.
"Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi.

Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.
SAYANG bucuk...Lain kali pegi le main tempat lain,Jangan ikut orang pergi rumah kosong lagi tau! (Sebenarnya budak ni OKU/Slow learning)
"Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu.

Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.

Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.

MISTERI Villa Nabilla masih belum terungkai sehingga kini...
Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
SEORANG Pengunjung Ina datang dari Kota Tinggi semata-mata mahu melihat sendiri  Villa Nabila.
PEMANDANGAN cantik dari Villa Nabilla mengamit ramai peminat foto kesana
Banglo ini terletak betul-betul di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor.

VIDEO:Rakaman Seram Di Villa Nabila...
Difahamkan rakaman video Villa Nabila yang ditemui dari sebuah kamera yang tertinggal di villa tersebut. Rakaman ini dirakamkan oleh para pelajar yang hilang tersebut.... walaupun tiada apa2 gambar entiti atau hantu yang berjaya dirakamkan, namun video ini memang benar-benar seram untuk ditonton.

LIHAT VIDEO

ALAMCYBER2020 : Teringat lagu "Cinta Untuk Nabila"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: