Nuffnang Ads

Jumaat, Disember 06, 2013

VIDEO IKAN SUMPIT YANG PELIK DAN UNIK.

Kita biasa lihat ditelevisyen dan video, kebanyakkan kaum asli yang tinggal dihutan atau kawasan pedalaman mengunakan Sumpit untuk memburunya mangsanya. 
Tapi pernahkah anda melihat ikan yang tinggal didalam air juga mengunakan sumpit untuk memburu mangsanya. Inilah satu-satunya spesies ikan unik yang menggunakan sumpitan air untuk menjatuhkan mangsanya. Mana ikan ini dapat idea ya? 

Ikan ini bernama "Archerfish" ia menggunakan satu proses yang unik untuk memburu serangga dan haiwan kecil, ia bertujuan menjatuhkan mangsanya supaya jatuh kedalam air sebagai makanannya. Sumpitan air dari mulut ikan ini sangat kuat seperti jet air yang mampu membunuh mangsanya.
Ikan Archerfish boleh menjatuhkan serangga sejauh tiga meter di atas permukaan air. Apabila ia memburu mangsanya ia akan menekan lidah pada alur di atas mulut untuk membentuk saluran yang sempit bertujuan mengeluarkan jet air yang sangat kuat.
Kuasa pancutan sumpit air ini boleh diubah untuk serangga yang mempunyai saiz yang berbeza, Sumpitan air ini boleh menjangkau sehingga lima meter panjangnya. Wow!hebatnya.
Archerfish adalah spesies ikan yang tergolong daripada tujuh jenis ikan yang cerdik dan genius. Mereka dijumpai di India, Filipina, Polynesia dan Australia, biasanya dalam perairan muara sungai dan paya bakau. Jika anda suka menembak atau bermain dart, mungkin anda boleh belajar satu atau dua perkara daripada archerfish ini - Alamcyber2020

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: