NUFFNANG

Sabtu, Januari 25, 2014

FENOMENA CUACA SEJUK BUKAN KERANA 'MATAHARI TIDUR'

FENOMENA 'Sleeping Sun'
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menafikan dakwaan berlakunya ‘sleeping sun’ atau kurangnya aktiviti matahari serta perubahan iklim drastik di garisan Khatulistiwa yang menjadi punca kepada perubahan cuaca sejuk yang kini melanda negara.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional itu, Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia hanya berpunca daripada tempias musim sejuk yang kini melanda negara hemisfera utara terutama tanah besar China.
INILAH gambaran 'KLIA'  jika salji melanda negara agaknya...
Beliau meminta supaya fenomena ini tidak dianggap sebagai pelik dan luar biasa kerana suhu purata yang dicatat masih berada pada tahap normal iaitu tidak melebihi paras 15 darjah Celsius ke bawah kecuali kawasan tinggi di Cameron Highlands.
BEGINILAH pemandangan jika 'KLCC'  dilanda salji...
“Situasi ini biasa dialami di negara kita terutama negeri pantai timur, kewujudan salji seperti didakwa juga mustahil untuk berlaku memandangkan Malaysia dan Indonesia beriklim khatulistiwa dan suhu purata yang dicatatkan sepanjang tahun adalah tinggi,” katanya dihubungi semalam.
CUACA sejuk luarbiasa di Malaysia tiada kena mengena dengan fenomena 'Sleeping Sun'
Beliau mengulas dakwaan orang ramai di laman sosial yang menyatakan perubahan cuaca dingin yang melanda kebanyakan kawasan disebabkan wujud perubahan iklim mendadak serta fenomena ‘sleeping sun’.

Beliau berkata JMM turut meramalkan cuaca dingin ini dijangka mula berkurangan minggu depan ekoran peralihan monsun yang membawa arah angin dari Lautan Pasifik biarpun pergerakan Monsun Timur Laut kebiasaannya berakhir Mac.

Akhbar ini (hmetro) semalam melaporkan selain tiupan Monsun Timur Laut, kekurangan kepulan awan juga menyebabkan suhu rendah dan menjadikan cuaca sejuk terutama menjelang waktu malam.

Dalam pada itu, rekod jabatan berkenaan sehingga jam 6 petang semalam menunjukkan kebanyakan kawasan yang mencatatkan suhu 17 hingga 21 darjah Celsius kelmarin mula meningkatkan dengan purata kenaikan antara 0.2 darjah hingga dua darjah Celsius.
KANAK-KANAK terpaksa berselubung, tidak dapat menahan sejuk di Kampung Pusu Tinggi, Besut, Terengganu.
Di Kuala Krai, suhu minimum 17.5 darjah Celsius yang dicatatkan kelmarin meningkat 1.6 darjah Celsius kepada 19.1 darjah sementara di tanah tinggi Cameron Highlands, suhu direkodkan adalah 12.3 darjah Celsius.

Antara kawasan yang masih merekodkan bacaan suhu minimum 21 darjah Celsius ke bawah adalah Alor Star (20.4), Batu Embun (19.9), Batu Pahat, Sitiawan dan Butterworth (21.2), Gong Kedak (21.4), Keningau (20.7), Kota Bharu (21), Kuantan (20.8), Lunok Merbau (19.8), Mulu, Senai dan Prai (21.8), Sibu (21.7), Sri Aman (21.1) Subang (21.9) serta 20 darjah dicatatkan di Temerloh.

Kehadiran Monsun Timur Laut ini juga menyebabkan negara kurang menerima hujan selain kehadiran angin kencang dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, pedalaman Sabah serta Sarawak.

-sumber-

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: