Nuffnang Ads

Selasa, Januari 28, 2014

GEMPAR! KAPAL PERANG CHINA MERONDA BERHAMPIRAN MALAYSIA

PASUKAN peronda terdiri daripada kenderaan Amfibia, Changbaishan dan dua kapal pemusnah.
BEIJING 27 Jan. - Sebanyak tiga buah kapal China semalam melakukan rondaan di kawasan maritim Tebing James yang turut dituntut oleh Malaysia, kejadian terbaharu dilihat untuk memperkukuhkan tuntutannya di kawasan perairan Laut China Selatan.

LOKASI kejadian
Pegawai dan askar pasukan peronda tersebut berikrar untuk melaksanakan dan mempertahankan kedaulatan negara di Tebing James, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Sarawak.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pasukan peronda tersebut turut terdiri daripada kenderaan amfibia, Changbaishan dan dua kapal pemusnah.
Xinhua menyatakan, dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Tebing James yang turut dikenali sebagai Beting Zengmu, pegawai dan askar itu berikrar menjaga kepentingan maritim dan kedaulatan China.

"Komander armada tersebut, Jiang Weilie menggesa askar dan pegawai sentiasa bersedia untuk berperang, memperbaiki keupayaan perang dan mengetuai pasukan untuk membina negara sebagai kuasa maritim,'' lapor Xinhua.

China terlibat dalam beberapa tuntutan bertindih di wilayah maritim Laut China Selatan dengan negara-negara jiran termasuk Malaysia. Beijing menganggap Tebing James sebagai kawasan jajahan yang terletak di selatan negara itu.

Malaysia pada Mac lepas, mengemukakan bantahan terhadap pencerobohan empat kapal China di Tebing James.


China melepaskan tembakan ke udara ketika berada di kawasan maritim tersebut. - REUTERS / LINK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: