NUFFNANG

Khamis, Januari 23, 2014

NURUL IZZAH SAH BUAT FAIL MOHON CERAI

Nurul Izzah, 34
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengesahkan Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Perkara itu disahkan dalam semakan fail di mahkamah itu.
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003
Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.

Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas.

Mahkamah menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes itu.
SAAT bahagia...
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun. - Bernama

sumber/ kosmo!online

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: