Nuffnang Ads

Ahad, Januari 12, 2014

SETELAH 8 TAHUN MEMBUSUK, ARIEL SHARON DI CABUT NYAWA

Ariel Sharon koma sejak tahun 2006 akibat diserang angin ahmar
BAITULMAQDIS 11 Jan. - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon (gambar) dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 85 tahun, menurut ahli keluarganya kepada Radio Tentera Israel.

Sharon koma sejak tahun 2006 akibat diserang angin ahmar.

Pegawai di Hospital Tel Hashomer berhampiran Tel Aviv minggu lalu memaklumkan, kesihatan pemimpin Yahudi itu semakin merosot sejak lapan tahun dirawat di situ, malah beberapa organ utamanya turut gagal berfungsi.

Sharon mula diserang angin ahmar pada Disember 2005 sebelum mengalami pendarahan otak teruk pada 4 Januari 2006.

Selepas dirawat selama berbulan-bulan di Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, Sharon dipindahkan ke Hospital Tel Hashomer.
 Ariel Sharon pemimpin Yahudi paling kontroversi 
Perdana Menteri Israel ke-11 itu juga merupakan pemimpin Yahudi paling kontroversi berikutan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982.
PERISTIWA duka Sabra dan Shatila 1982.
Dianggarkan sebanyak 3,500 penduduk awam kebanyakannya pelarian Palestin maut dibunuh pertubuhan separa tentera ultranasionalis, Phalanges Lebanon yang juga sekutu Israel ketika itu.

Ketika menyertai angkatan tentera, Sharon pernah mengetuai unit komando 101 menentang tentera Arab yang berakhir dengan kematian 60 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak di kampung Qibya berhampiran Ramallah pada 1953.

Semasa Perang Enam Hari 1967, Sharon yang mengetuai unit kereta perisai membantu rejim Israel menakluk beberapa wilayah Palestin iaitu Tebing Barat, Gaza, Baitulmaqdis Timur dan sebahagian Bukit Golan.

Tembok pemisah antara Tebing Barat dan Israel turut dibina ketika zaman pemerintahannya, sekali gus menyaksikan lebih banyak wilayah Palestin dirampas. - AGENSI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: