Nuffnang Ads

Rabu, Mac 05, 2014

BIADAP ! CCTV RAKAM LELAKI CAMPAK AL-QURAN DALAM RUANG SOLAT DAN JAMBAN MASJID

SEBAK LIHAT AL-QURAN DALAM JAMBAN MASJID
BESUT - Penduduk gempar dengan insiden al-Quran dan Yasin di Masjid Limbongan serta Masjid Nasaruddin Shah dekat Kampung Raja, di sini, dicampak ke dalam mangkuk tandas, diselerakkan dan dibuang ke luar masjid, malam kelmarin.

Kejadian di Masjid Limbongan yang jaraknya lima kilometer dari Masjid Nasaruddin Shah paling teruk apabila suspek bertindak membuang al-Quran di dalam lima mangkuk tandas lelaki, selain di atas singki dan beberapa tempat lain.
Masjid Kampung Limbongan, Besut
“Kejadian di Masjid Limbongan disedari anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang membuat rondaan di sekitar masjid itu pada jam 2.30 pagi semalam apabila mendapati sejumlah al-Quran berselerak di atas lantai depan tangga masjid.
KITAB suci al-Quran yang berselerak di dalam Masjid Kampung Limbongan.
"Sedangkan sebelum itu kira-kira jam 1 pagi, anggota terlibat ada meronda, namun tiada al-Quran di sekitar kawasan tersebut," katanya.
PERBUATAN biadap! semoga suspek mendapat pembalasan yang setimpal...
Menurut Kamaruddin, anggota terbabit turut mendapati beberapa al-Quran dibuang di dalam mangkuk tandas lelaki dan beberapa lokasi lain, termasuk diselerakkan di dalam masjid.

Kata beliau, penceroboh juga dipercayai memecahkan cermin pintu gelongsor bahagian dalam masjid untuk membuka pintu, malah terdapat kesan darah di lantai dipercayai akibat kecederaan dialami suspek ketika memecahkan cermin tersebut.
Al-Quran di campak di lantai Masjid Kampung Limbongan...
“Selepas memasuki ruang utama masjid, suspek dipercayai ambil al-Quran dan Yasin dan bertindak menyelerakkan dan buangnya, selain turut merosakkan dua kipas dinding yang terdapat di luar ruang utama masjid.

Motif kejadian belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu atau pihak terlibat sekali gus menangkap suspek terbabit.

LIHAT VIDEO CCTV SUSPEK BIADAP MEMBALING AL-QURAN :

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

SEBAK LIHAT AL-QURAN BERSELERAK :
KITAB Suci berselerakkan...
Seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Limbongan, di sini, sebak sebaik sahaja melihat al-Quran yang sengaja dibuang ke dalam mangkuk tandas lelaki, selain ratusan lagi diselerakkan di dalam dan dibuang ke luar masjid.

Bendahari Masjid Limbongan, Che Rawi Rahim berkata, dia yang juga Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Limbongan terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian kira-kira 2.30 pagi semalam.
PINTU kaca dipecahkan untuk suspek masuk membuat onar!
Menurutnya, sebaik sampai di pekarangan masjid, dia mendapati terdapat al-Quran berada di atas jalan depan tangga masjid, serta lima al-Quran dalam mangkuk tandas lelaki, atas singki tandas dan tempat berwuduk.

“Ada al-Quran yang sengaja dibuka halamannya dan dimasukkan ke dalam mangkuk tandas. Sementara, sejumlah Yasin dibuang ke dalam tong sampah di depan tangga utama masjid, dalam kolah tempat berwuduk dan atas tanah,” katanya.

Individu tidak bertanggungjawab dipercayai masuk terlebih dahulu ke dalam masjid selepas memecahkan cermin pintu bahagian dalam masjid, sebelum mengambil al-Quran dan Yasin untuk dibuang di sekeliling masjid.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: