Nuffnang Ads

Khamis, Mac 06, 2014

INILAH WAJAH LELAKI KOYAK DAN BUANG AL-QURAN DALAM TANDAS

KUALA TERENGGANU - Lelaki dipercayai suspek yang membuang al-Quran dan surah Yasin dalam mangkuk jamban di dua masjid di Besut ditahan petang kelmarin dan sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang menggemparkan penduduk sebelum ini.

Suspek kes buang al-Quran direman empat hari selepas ditahan di pekan Besut, petang semalam.
Lelaki berusia 27 tahun dan masih bujang itu ditahan di pekan Besut hasil maklumat orang awam, kira-kira jam 5 petang.

Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Keluang, Besut itu menghidap penyakit mental (Gila Isim) sejak tiga tahun lalu.
“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan, merosakkan atau mencemarkan rumah ibadat serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
INILAH wajah suspek yang biadap itu...
Kes ini dapat diselesaikan dengan penahanan suspek yang melakukan perbuatan biadap itu di dua buah masjid berasingan iaitu Masjid Limbongan dan Masjid Nasharuddin Shah, Kampung Raja, Besut,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri di sini, semalam.

“Dengan tertangkapnya suspek ini, segala spekulasi mengaitkan perbuatan khianat ini dilakukan oleh golongan daripada kaum tertentu yang mempunyai niat tertentu dapat dihentikan kerana ia sebenarnya dilakukan oleh individu kurang siuman,” tegasnya.

Semasa ditahan, kaki suspek cedera dipercayai akibat terkena kaca ketika menendang pintu gelongsor di masjid berkenaan terpaksa dikenakan lapan jahitan.

Polis engingatkan orang awam supaya tidak membuat andaian sendiri dan menyebarkan maklumat tidak benar di laman sosial termasuk blog; Facebook dan Whatsapp yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Apabila kita menyebarkan spekulasi tidak benar, secara tidak langsung kita mengaibkan orang yang terbabit sedangkan tiada bukti.

"Jangan terlalu mengikut budaya tunjuk pandai dan pantas kononnya anda paling cepat mendapat maklumat, sedangkan maklumat itu tidak benar dan sahih,” terutama blog-blog tempatan yang tumbuh bagai cendawan.
Semalam penduduk gempar dengan insiden al-Quran dan Yasin di Masjid Limbongan serta Masjid Nasaruddin Shah dekat Kampung Raja, Besut, dicampak ke dalam mangkuk tandas; diselerakkan dan dibuang ke luar masjid.
Dalam kejadian itu al-Quran, kitab dan surah Yasin dicampak di merata tempat termasuk di dalam dan di luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.
Lebih menyedihkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: