Nuffnang Ads

Khamis, Mac 06, 2014

TELEFON PINTAR 'NOKIA X' MURAH TAPI CANGGIH

Anda tengah berkira-kira hendak beli telefon pintar berjenama, tapi budget kecil dan tak tahu smartphone jenis apa yang hendak di beli. Kalau jenama China berlambak di pasaran, tapi paham-paham la banyak sangat problem smartphone buatan china ni, harga pun bukan murah sangat... rasa tak berbaloi pulak beli.

Ini ada berita baik! telefon pintar mampu milik kepada pengguna di Malaysia, telefon pintar mampu milik terbaru di beri nama 'Nokia X' yang telah di lancarkan di Kuala Lumpur, semalam.

LIHAT VIDEO :

Nokia X merupakan sebahagian daripada siri telefon pintar mampu milik Nokia X yang terdiri daripada Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL yang menggunakan sistem Android.

Penggunaan sistem Android ini membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi Nokia dan Android secara percuma.

Nokia X boleh didapati pada harga RM399 dan akan berada di pasaran Malaysia bermula minggu hadapan bagi kawasan Lembah Klang dan seminggu selepas itu bagi seluruh negara.

Nokia X didatangkan dalam empat variasi warna iaitu hijau terang, merah terang, hitam dan putih serta dilengkapi kamera 3-megapiksel bersama memori dalaman 4GB.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: