NUFFNANG

Khamis, Mac 13, 2014

Tiada bukti imej satelit itu adalah MH370 - DCA China

IMEJ objek terapung di laut dikesan satelit milik China, Ahad lalu di kawasan terakhir pesawat MAS MH370 dilaporkan terputus hubungan. - Foto AP
BEIJING: Ketua Jabatan Penerbangan Awam (DCA) China berkata, tiada sebarang bukti bahawa objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan mempunyai kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. 

"Satelit China mengesan asap dan objek terapung...Ketika ini kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu," katanya Li Jiaxiang ketika ditemui selepas mesyuarat Parlimen negara itu hari ini. 

Beliau berkata, tiada sebarang bukti bahawa tentera Malaysia menyembunyikan maklumat mengenai pesawat yang hilang itu. - Reuters 

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: