Nuffnang Ads

Rabu, Mac 26, 2014

Walaupun Dikecam Raja Bomoh Tekad Bantu Misi Mencari Pesawat MH370

AKSI terkini 'Raja Bomoh' di Sungai Perak pula
Perak Tengah – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menjelaskan beliau lega dan bersyukur dengan penemuan terbaru berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.


Menurutnya penemuan terbaru itu secara tidak langsung akan menguatkan lagi semangatnya untuk membantu usaha mencari yang dilakukan oleh kerajaan.

“Alhamdulillah berkat usaha yang dilakukan sebelum ini ditambah dengan doa seluruh rakyat Malaysia, misteri kehilangan MH370 ini akhirnya menunjukkan perkemangan positif.

“Kalau nak ikutkan, Datuk perlu lakukan sekurang-kurangnya tujuh upacara, syukur ke hadrat Allah, dengan 5 upacara yang dilakukan sebelum ini, sudah ada tanda positif yang ditunjukkan.

LIHAT VIDEO AKSI TERKINI RAJA BOMOH DI SUNGAI PERAK...

“Sebelum ini, Datuk lakukan 2 upacara di KLIA, 2 di Menara Condong Teluk Intan dan 2 hari lepas satu lagi upacara di lakukan di persisiran sungai Perak, Parit. Datuk yakin pesawat ini baru terhempas, paling lewat tengah hari atau petang semalam. Seperti yang Datuk katakan sebelum ini, ia sebelum ini tergantung,” katanya.

Ibrahim turut mendakwa, beliau akan tetap meneruskan semua usaha yang dijalankan sebelum walaupun dikecam oleh pelbagai pihak.
“Semua mereka yang mengutuk itu hanya pandai untuk bercakap, tapi langsung tiada usaha untuk membantu. Setidak-tidaknya Datuk berani untuk tampil membantu dengan ikhlas. Kita perlu tolong berdasarkan kemahiran masing-masing,” jelasnya lagi.

Perdana Menteri sebelum ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.
MISTERI...kehilangan pesawat MH370 masih belum terungkai hingga kini...
Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, beliau berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).

“Berdasarkan maklumat yang diterima, saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi,”

“Maklumat ini telah diterima dan dianalisis AAIB berdasarkan data satelit yang disalurkan oleh Inmarsat,” katanya dalam persidangan media hari ini.
Menurutnya, berdasarkan teknik analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan sebegitu, mereka mendapat lebih banyak petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.-suara.tv-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: