NUFFNANG

Isnin, April 28, 2014

Air Force One akhirnya mendarat di Malaysia!

Akhirnya pesawat khas Presiden Amerika Syarikat (AS) Air Force One mendarat juga di bumi Malaysia atau lebih tepat lagi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 4.50 petang kelmarin.


PM Malaysia Datuk Najib berselfie dengan presiden Barrack Obama
Sejurus pintu pesawat tercanggih itu dibuka kelihatan lelaki tinggi lampai yang dianggap paling pengaruh di dunia ketika ini, Barack Obama tersenyum dan melambaikan tangannya kepada semua sambil menuruni tangga seorang diri. 
Air Force One dalam sebuah filem ‘action-packed’ buatan Hollywood arahan Wolfgang Petersen lakonan Harrison Ford
Sebelum ini kita hanya lebih mengenali nama Air Force One dalam sebuah filem ‘action-packed’ buatan Hollywood arahan Wolfgang Petersen lakonan Harrison Ford, Gary Oldman dan Glenn Close. Filem terbitan 1997 itu menampilkan Ford sebagai Presiden AS, James Marshall yang berdepan kemelut ancaman musuh dari negara luar terhadap keselamatan AS. 
Air Force One mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 4.50 petang
Ketika itu ramai terpegun melihat kehebatan dan kecanggihan Air Force One yang juga nama sebuah pesawat jenis Boeing 747-200B. Namun kelmarin Air Force One yang sebenarnya singgah ke negara kita selepas terbang jauh dari Jepun dan Korea Selatan.

LIHAT VIDEO AIR FORCE ONE MENDARAT DI  BUMI MALAYSIA



The Beast  sebuah limosin daripada model Cadillac One
Selain pesawat gergasi itu kita juga melihat kenderaan rasmi Obama bernama The Beast yang juga sebuah limosin daripada model Cadillac One menyusur gagah di Pangkalan TUDM Subang itu. Ternyata penampilan pertama Obama di Malaysia cukup impresif seperti kita selalu lihat dalam filem.


Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: