Nuffnang Ads

Rabu, April 16, 2014

Seram Kuntilanak berkongsi wifi?

Kejadian misteri dan menyeramkan ini benar-benar terjadi kepada admin, begini ceritanya sebaik sahaja admin siap membuat satu post yang bertajuk 'VIDEO: Lagu Terakhir Allahyarham Alda Yang ‘Menyeramkan’(Rintihan Kuntilanak)'.


Tiba-tiba laptop admin shutdown dengan sendirinya...admin periksa sambungan elektrik tiada masaalah. Admin hidupkan semula laptop dan membuat kerja seperti biasa.

Tiba-tiba sekali lagi laptop admin shutdown dengan sendirinya...kejadian ini berlaku sebanyak 4 kali.

Tiba-tiba bulu tengok admin meremang semacam, rasa tak sedap hati pun ada...jam menunjukkan tepat pukul 11:00 malam.

Entah kenapa tiba-tiba admin tergerak hati hendak periksa data sambungan internet. Mana tahu wifi admin kena hacker ke? sebab itulah laptop asyik shutdown dengan sendirinya (ini andaian admin saja).
NAMA PENGGUNA 'KUNTILANAK' TIBA-TIBA MUNCUL...
Alangkah terkejutnya admin sebaik periksa data sambungan internet tertera nama pengguna yang sangat menyeramkan iaitu "kuntilanak". Mungkinkah ini ada kaitan dengan posting yang baru admin buat sebentar tadi? ataupun hanya sekadar kebetulan? dan apa kaitannya laptop admin asyik shutdown dengan sendirinya sebanyak 4 kali?

Untuk memastikan nama pengguna "kuntilanak" ini wujud, admin klik sekali lagi pada icon sambungan internet...nama "kuntilanak" sudah tidak wujud lagi. Beberapa kali admin mencuba... nama itu memang sudah tidak wujud lagi.
NAMA PENGGUNA 'KUNTILANAK' TIBA-TIBA HILANG...
Kerana sepanjang bertahun admin mengunakan wifi hanya nama pengguna seperti '09D44A' dan 'Lim-wifi' sahaja yang wujud dalam 'Wireless Network Connection' admin.

-Wallahhu a’lam-
  

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang menyeramkan lagu tu.Kalau admin mahu tahu semasa saya dan kakak saya tengah cuci pinggan kami pasang lagu aida tu sebagai hilangkan bosan.Tiba-tiba kami terdengar wanita nangis kami pun hairan setahu kami lagu tu macam sedih ja dan ketawa sikit.Jadi kami sambung balik buat kerja lepas kami dengar lagi balik jadi kakak saya tutup lah lagu tu.sesudah itu kami dengar lagi tangisan wanita apa lagi saya dah macam takut tapi yang mengejutkan kakak saya keluar di belakang rumah dan cakap hey jangan kau main-main aku tumbuk muka bagus kau keluar.Tiba-tiba kakak saya pucat lesi saya tanya kak kenapa ni kakak saya tunjuk atas pokok ada 2 pontianak di sana apa lagi saya tarik kakak tutup pintu saya angkat kakak saya terus bawa lari pergi ruang tamu nasib baik lah time tu ramai orang di rumah kalau tidak huhu histeria terus aku.Nasib admin kira ok lagi tu.Jangan dengar lagi lagu aida bahaya dan menakutkan.

Tanpa Nama berkata...

ish betulke..aduh..baru nak mula minat dgn lagu tu >,<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: