Nuffnang Ads

Isnin, April 28, 2014

Setelah 50 tahun baru Presiden Amerika sudi mengunjungi Malaysia

PERTAMA kali selepas 50 tahun barulah  Malaysia di kunjungi presiden Amerika 
Kedatangan Obama turut lonjakkan nama KJ

KEDATANGAN Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak diselubungi kegembiraan kerana seolah-olah mendapat pengiktirafan daripada negara "super power" itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya.

PM Malaysia sempat berselfie dengan Presiden Amerika
Jika Najib berbunga-bunga hatinya kerana kunjungan Obama ini dibuat selepas hampir 50 tahun seorang Presiden Amerika tidak mengunjungi negara ini, Khairy atau KJ pula tentunya berasa paling bertuah kerana dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama sepanjang lawatannya ini.

Gambar-gambar pada  tahun 1966  lawatan Presiden Amerika Lyndon b. Johnson melawat Malaysia...
INILAH rupa Air Force One tahun 1966 yang membawa presiden  Lyndon b. Johnson


KALI terakhir Presiden Amerika iaitu Lyndon b. Johnson melawat Malaysia pada tahun 1966
Kali terakhir seorang Presiden Amerika mengunjungi negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon b. Johnson. Sejak itu tidak pernah mana-mana pemimpin negara itu melawat negara ini. Berbeza dengan Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun tetapi Najib hanya setelah 5 tahun menjadi Perdana Menteri sudah berupaya meyakinkan pemimpin utama kuasa besar itu untuk melawat negara ini.
BUAT pertama kali AIR FORCE ONE  diruang angkasa Malaysia
Kepada Najib yang seperti kata Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri Abdul Aziz atau Sakmongkol bahawa "Tuhan politiknya adalah Amerika", kedatangan Obama merupakan kegembiraan yang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata serta meletakkan namanya lebih tinggi berbanding pemimpin-pemimpin serantau yang lain.

Sepanjang Najib mentadbir negara ini pula, negara Amerika adalah antara kunjungannya yang paling kerap, bahkan di awal pemerintahannya juga, beliau juga melantik rakan karibnya, Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke negara itu dengan tujuan menjalin hubungan lebih erat antara Malaysia dengan Amerika.
Dalam Najib merasa gembira dan bangga dengan kedatangan Obama, KJ juga sebenarnya mengalami perasaan yang hampir sama.

Ini kerana walaupun KJ adalah menteri yang paling junior dalam kerajaan, tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Obama, pemimpin dunia paling berkuasa tentunya sesuatu yang menggembirakan bagi Ketua Pemuda Umno itu.

Timbul cakap-cakap mengapa KJ yang dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama? Kenapa tidak dipilih menteri yang lebih senior seperti Ahmad Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Hishammuddin atau lain-lainnya, sesuai dengan kedudukan Obama sebagai pemimpin sebuah negara paling berkuasa?

Adakah pemilihan ini menunjukkan usaha menonjolkan KJ ke peringkat yang lebih tinggi?

Jika kebolehan menguasai bahasa Inggeris sebagai alasan, Hishammuddin dan Nazri Aziz juga mempunyai penguasaan yang lebih kurang sama dengan KJ.

Sementara ada yang memperlekehkan kehadiran KJ bersama-sama dengan Obama berikutan sebelum ini beliau pernah mengetuai demonstasi menentang kehadiran Condoleezza Rice, bekas Setiausaha Negara Amerika pada tahun 2006 dulu tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring tentulah melonjakkan namanya untuk lebih dikenali di persada antarabangsa.

Ini kerana gambar dan wajahnya mengiringi Obama ini bakal tersebar dan ditonton oleh ramai orang di seluruh dunia dan juga di dalam negara. Dalam masa yang sama, Obama dan pemimpin-pemimpin Amerika juga secara langsung akan lebih mengenali KJ.
BANGGA ...kehadiran KJ bersama-sama dengan Obama 
KJ pula pastilah tidak dapat mengelak daripada berasa bangga atas pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Presiden Amerika itu kerana ia secara tidak langsung menunjukkan suatu pengiktirafan besar daripada Najib dan kerajaan terhadapnya.

Adakah ini tanda-tanda awal masa depan politiknya lebih cerah selepas ini?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: