Nuffnang Ads

Selasa, April 22, 2014

TERKINI: Angka kematian akibat MERS di Arab Saudi mencecah 81 orang

RIYADH - Angka kematian akibat wabak virus Sindrom Pernafasan Koronavirus Asia Barat Tengah (MERS-CoV) di Arab Saudi kini meningkat kepada 81 orang.

Menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu, baru-baru ini seorang mangsa berusia 73 tahun yang menghidap penyakit kronik itu telah meninggal dunia di Riyadh dan seorang lagi mangsa berusia 54 tahun pula meninggal dunia di Jeddah.

Difahamkan, sebanyak 261 kes berdaftar telah dilaporkan di negara itu sejak penemuan virus tersebut pada September tahun 2012.
Inilah Virus MERS-CoV
Virus itu yang pada awalnya hanya tertumpu di wilayah timur, kini semakin merebak ke lebih banyak kawasan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memaklumkan sudah menerima sebanyak 243 laporan kes makmal yang disahkan menghidapi jangkitan MERS di seluruh dunia, termasuk sebanyak 93 kes kematian.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Arab Saudi telah memecat Menteri Kesihatannya, Abdullah al-Rabiah, berikutan situasi yang masih belum dapat dikawal itu.

Abdullah minggu lalu telah melawat beberapa hospital di Jeddah untuk menenangkan orang awam apabila khabar mengenai kakitangan perubatan yang turut dijangkiti virus itu tersebar sehingga menyebabkan penutupan bilik kecemasan di hospital terbabit.

Sehingga kini, punca dan cara jangkitan bagi virus MERS-CoV ini masih belum dapat dikenal pasti.

Satu kajian baru-baru ini mendapati virus tersebut merupakan perkara yang 'luar biasa' terdapat dalam badan unta yang dikatakan membawa punca penyebaran virus itu kepada manusia. - AFP



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: