Nuffnang Ads

Selasa, Mei 27, 2014

Anggota Polis Maut Dirempuh Suspek Kes Samun

Anggota Polis Maut Dirempuh Suspek Kes Samun
SEORANG anggota polis unit rondaan bermotor (URB) maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal dirempuh sebuah kereta yang dipercayai suspek kes samun di Parit Buntar, jam 1 petang tadi.


LIHAT VIDEO:

Menurut sumber, Mohd Azuan, 24, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan sementara rakan setugasnya dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan.


Kejadian dikatakan berlaku selepas dua anggota polis tersebut bertindak atas maklumat orang ramai, mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.


Mynewshub.my difahamkan bahawa mangsa dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta berjenama Honda yang merupakan rakan suspek.

Suspek sebelum itu dikatakan menyamun sebuah kenderean pengedar rokok.

Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.
Mohd Azuan, 24, maut di tempat kejadian
Takziah diucapkan buat ahli keluarga anggota polis yang terkorban ketika menjalankan tugasnya demi keamanan dan keselamatan negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: