Nuffnang Ads

Khamis, Mei 22, 2014

Menyedihkan Tegar Terpaksa Makan Tempe Ditipu Pengurus Sendiri

KUALA LUMPUR : Penyanyi cilik dari Indonesia iaitu Tegar yang pernah hidup miskin mendedahkan kehidupannya selepas bergelar artis turut berliku apabila ditipu oleh bekas pengurus sendiri.

INILAH makan harian Tegar semasa dengan pengurus lamanya...
Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 13, berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia tidak dapat merasai wangnya sendiri selain hanya diberi makan tauhu dan tempe.

Sumber kewangan saya disekat. Malah saya diberi makan tauhu dan tempe sahaja seperti ketika saya mula-mula menjadi penyanyi jalanan dahulu.

“Malah, saya tidak dapat membeli apa-apa benda yang diinginkan kerana bekas pengurus itu tidak memberikan kepada saya. Kononnya mahu saya berjimat dan sentiasa ingat asal usul. Tetapi wang hasil titik peluh saya, semua dia ambil.

“Mujurlah saya bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk membantu saya lari daripada bekas pengurus tersebut,” katanya.
TEGAR DENGAN ALBUM TERBARUNYA
Tegar ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul Kemana Kasih Sayang di Hotel Seri Pacific di sini pada Rabu.

Sebelum ini lagu nyanyiannya iaitu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang merupakan antara lagu hit di negara ini.

Sementara itu, pengurus barunya yang bernama Arif Dollah berkata, selepas mendapat tahu mengenai masalah Tegar, dia telah ‘melarikan’ penyanyi itu ke Bandung selama seminggu dan kemudian meminta Tegar untuk dilepaskan.

“Selepas membaca semula kontrak Tegar, ia didapati tidak sah dan hal tersebut membuatkan masalah itu lebih mudah diselesaikan.

“Dua bulan lalu, saya larikan Tegar ke Bandung sehinggalah pengurus itu membuat keputusan untuk tidak menguruskannya lagi.

“Dan sekarang ini, barulah Tegar dapat merasa wang hasil daripada titik peluhnya dengan membeli sebanyak dua buah motosikal KTN Motorcross selain membeli beberapa bidang tanah sawah untuk bapa tirinya,” kata Arif.

Malah Tegar juga membeli tiga gitar akustik dan tiga buah lagi ukulele untuk digunakan ketika membuat persembahan.

Mengenai album kedua Tegar di bawah label Hapro Records, ia memuatkan sebanyak tujuh buah lagu iaitu Indah Pada Waktunya, Gitar Kecil, Sekeping Recehan, Aku Masih Tegar, Tak Boleh Sombong, Lihat, Dengar Dan Rasa serta Kemana Kasih Sayang.
“Dalam album ini, saya masih membawakan lagu mengenai diri saya yang masih sama seperti dahulu.

“Saya mahu semua tahu bahawa diri ini akan sentiasa mengingati asal usul,” ujarnya.

Album Kemana Kasih Sayang akan diedarkan di bawah syarikat Media Asia Production Sdn Bhd (MAP).

Aku Yang Dulu – Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua
Admin - Sedih dengar lirik lagu ni, tapi Alhamdulillah bila dapat tahu kesudahan kisah Tegar. Rezeki, bila ALLAH SWT mengizinkan sesuatu tiada siapa pun yang boleh halang.


Syukur Alhamdulillah...

1 ulasan:

harith berkata...

ujian tu.semoga kita semua pun tabah dan sabar,bukan dia sahaja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: