Nuffnang Ads

Sabtu, Mei 03, 2014

Telefon pintar tercanggih di cipta

Telefon pintar PaperFold yang boleh dilipat-lipat.
OTTAWA - Sepasukan penyelidik di Universiti Queen's, Kingston Kanada mencipta sebuah telefon pintar yang boleh berubah menjadi komputer tablet.

Telefon pintar itu yang dinamakan PaperFold dilengkapi tiga skrin sentuh yang boleh dilipat ke dalam atau keluar.

LIHAT VIDEO :

Skrin gajet itu juga boleh diceraikan dan disambung bagi membolehkan pengguna menghasilkan beberapa bentuk berlainan.

Setiap skrin pula boleh digunakan secara berasingan.

Skrin PaperFold yang boleh dilipat itu akan menyebabkan ia menjadi sebuah telefon pintar.

"Setiap paparan PaperFold boleh berfungsi secara berasingan atau sebahagian daripada sistem tunggal," kata ketua penyelidik yang membangunkan teknologi tersebut, Dr Roel Vertegaal dari universiti tersebut. - Agensi






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: