Nuffnang Ads

Isnin, Mei 12, 2014

VIDEO: Samseng Kampung Dusun

Inilah agaknya samseng jalan raya yang paling lawak. Atau bolelah di gelar sebagai "samseng Kampung Dusun", seperti dalam filem P.Ramlee. Jika begini keadaanya lebih elok, jangan jadi samseng terus kerana ia adalah perbuatan yang cenderung untuk menjerumuskan seseorang itu ke kancah jenayah.

Admin pasti ada kes tertentu yang berlaku sebelum rakaman bermula kerana ia menunjukkan dengan jelas kemarahan lelaki cina itu yang cuba untuk membuat provokasi kepada pemandu wanita.

Bagaimanapun, perbuatan kelam-kabut si samseng menyebabkan pemandu wanita itu tidak menghiraukan langsung perlakuannya.

Sudahlah pada mula-mula konon ingin menyerang kereta itu motosikalnya tidak diletakkan dengan elok, selepas itu bila nak mengetuk cermin kereta wanita berkenaan, telefon bimbit pula jatuh.

Lelaki itu sengaja menunggang motosikalnya lambat-lambat dan sesekali membrek mengejut menyebabkan wanita itu terpaksa memberhentikan kereta. Memang nampak agak lucu perlakuan samseng jalan raya ini...


Samseng itu kemudiannya sempat menumbuk cermin kereta wanita itu hingga retak dan kemudian memarahi wanita itu dari luar kereta mungkin niat lelaki ini hendak menakutkan wanita itu saja, Namun wanita yang memandu kereta perlu berhati-hati dengan cara pemansuan anda. Jangan sampai menimbulkan kemarahan orang lain.

-ALAMCYBER2020- Nasihat admin jangan tiru gaya wanita ini.. sepatutnya jangan berhenti dan teruskan perjalanan ke Balai Polis berhampiran buat laporan dan serahkan rakaman tersebut.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: