Nuffnang Ads

Isnin, Mei 12, 2014

VIDEO: Seram Ular Senduk Naik Kereta

Awas! jangan biarkan tingkap kereta anda terbuka walau pun kecil, terutama jika anda meletak kereta di bawah pkok atau pun ketika melalui jalan yang mempunyai pokok-pokok yang rimbun di kiri kanan jalan.

Ini kerana seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini.
Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut.
Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat.
Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan.
Bayangkan jika cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi dan mematuk pemandunya...memang menakutkan kejadian ini...beringat-ingat sebelum kena.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: