Nuffnang Ads

Ahad, Jun 22, 2014

GURU MATI TENGOK BOLA

BANYAK KES KEMATIAN AKIBAT PIALA DUNIA DIREKOD
KUCHING: Seorang guru lelaki yang khusyuk menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 di rumahnya di Matang, di sini ditemui mati awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 49 tahun itu dikatakan berjaga semalaman semata-mata untuk menyaksikan perlawanan di antara pasukan kegemarannya sebelum keluarganya dikejutkan dengan jeritan mangsa sekitar jam 3 pagi.

Menurut sumber, jeritan mangsa yang menahan kesakitan menyebabkan isteri dan anak-anaknya terjaga dari tidur lalu menghampirinya sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak bermaya.

“Keluarga mangsa cuba menyelamatkannya dengan memberikan rawatan kecemasan sementara menunggu pihak ambulans menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Mangsa yang berasal dari Kampung Tebawang, Bau bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di hospital,” kata sumber.

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat untuk tujuan bedah siasat.

Oleh : Namialus_2020
Sumber : theborneopost

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: