Nuffnang Ads

Isnin, Jun 16, 2014

PENDUDUK GALI AKAR POKOK CARI WANITA MISTERI

Chiang Thong, Thailand: Didorong oleh mimpi aneh yang sama, sekumpulan penduduk kampung menggali akar sebatang pokok setinggi 22.5 meter di daerah Wang Chao bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita yang terperangkap di situ.

Media tempatan semalam melaporkan, kebanyakan penduduk kampung di situ bermimpi seorang wanita misteri berdiri berhampiran sebatang pokok.
Wanita terbabit dilihat meminta tolong kerana berada di bawah pokok berkenaan sejak beratus-ratus tahun silam. Anehnya, lapor akhbar, penduduk terbabit mengalami mimpi yang sama selama beberapa malam. 

Selepas mengadakan perbincangan, mereka bersepakat melawat kawasan yang dikenal pasti sama seperti dalam mimpi dan mula menggali pokok berkenaan.
Sekumpulan penduduk kampung menggali akar sebatang pokok setinggi 22.5 meter di daerah Wang Chao
Menggunakan jengkaut, mereka mengambil masa selama empat hari sebelum dapat mengalih pokok mempunyai lilitan 4.7 meter itu.

Namun mereka tidak menemui sesiapa atau kesan manusia di bawah pokok berkenaan.
INILAH Nang Ta-khian wanita misteri
Penduduk tradisional Thailand percaya pokok hopea odorata (atau pokok ta-khian) itu didiami roh wanita dikenali sebagai Nang Ta-khian.
Pokok ta-khian yang di simpan di Kuil
Mereka kemudian bersetuju menyimpan pokok berkenaan di kuil tempatan kerana beranggapan ia boleh mendatangkan tuah. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: