Nuffnang Ads

Ahad, Jun 08, 2014

VIDEO: GEMPAR RIHANNA TAMPIL SEPARUH BOGEL TERIMA TROFI IKON FESYEN

Penyanyi ‘Diamonds’ Rihanna
Apabila Rihanna muncul pada Anugerah Majlis Pereka Fesyen Amerika (CFDA) kelmarin, beliau memastikan penampilannya tidak akan dilupakan sesiapa pun.

Tampil cukup berani, penyanyi ‘Diamonds’ itu tentu saja menangkap perhatian semua tetamu dan jurugambar apabila mengenakan gaun jarang berkilat yang menonjolkan segenap sisi tubuhnya.

Beliau hadir pada majlis terbabit bagi menerima anugerah Ikon Fesyen.

Direka oleh Adam Selman, pakaiannya itu bertatahkan 216,000 kristal Swarovski.

LIHAT VIDEO :

Tanpa mengenakan bra, Rihanna bangga menayangkan susuk tubuh di sebalik gaun seksinya itu. Selain selendang bulu, beliau hanya mengenakan seluar dalam berwarna kulit, bagi menutup bahagian tertentu badannya ketika aksinya dirakam jurugambar.

Bukanlah asing dengan pakaian yang mencolok mata, penyanyi ini seakan memberikan amaran, sesekali muncul pada anugerah fesyen sebegitu, biarlah semua orang mengingati kemunculannya itu.

Sebelum ini, artis lain yang menerima penghormatan serupa termasuk Lady Gaga, Kate Moss, Nicole Kidman dan Johnny Depp.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: