Nuffnang Ads

Ahad, Jun 15, 2014

VIDEO: HANYA GUNA ISYARAT TANGAN HALAU GAJAH

BANGKOK  - Seorang pelancong tempatan menunjukkan keberanian menghalau seekor gajah yang sedang naik minyak, hanya menggunakan isyarat tangannya ketika melawat Pusat Perlindungan Hidupan Liar Phu Lang, utara Thailand.

Tor Bowling, 27, menceritakan detik cemas berkenaan kepada akhbar New Daily York News berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 28 Februari lalu apabila mengunjungi pusat tersebut bersama rakannya, Navee Kittisak untuk melihat bekas tapak kaki dinasour.

Bowling berkata, mereka mengikut jalan berlumpur untuk pulang ke rumah sebelum terserempak dengan gajah tersebut.

Pemuda itu berkata, dia cuba mengikut jalan lain bagi mengelak haiwan terbesar di darat itu, tetapi gajah berkenaan terus mengekorinya.

"Secara tiba-tiba, gajah terbabit meluru ke arah saya dan Kittisak, tetapi saya cuba menenangkan diri dengan mengangkat tangan sebagai isyarat menghalau haiwan itu.

"Saya tidak sangka tindakan itu berjaya membuatkan gajah tersebut berhenti dan beredar, sekali gus menyelamatkan kami berdua," katanya.

Lebih mengagumkan, Bowling sempat mengeluarkan kameranya dan mengambil beberapa keping gambar ketika gajah berkenaan meluru ke arahnya.

LIHAT VIDEO:

"Saya berasa kejadian terbabit merupakan kenangan yang manis dan saya cukup bertuah mendapat pengalaman hebat itu," katanya.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: