NUFFNANG

Ahad, Jun 15, 2014

VIDEO: PESAWAT UKRAINE DI TEMBAK JATUH 49 TERBUNUH

PESAWAT pengangkut II-76 milik Ukraine meragut nyawa 49 penumpang. 
KIEV - Para pejuang pemisah menembak  jatuh sebuah kapal terbang pengangkut milik Ukraine semasa ia hendak mendarat di bandar Luhansk awal semalam.


LIHAT VIDEO :

Semua 49 anggota tentera yang menaiki pesawat tersebut terbunuh dalam kejadian yang melibatkan kematian paling ramai dihadapi kerajaan Ukraine.

Ketika kejadian, pesawat tersebut menghantar anggota-anggota tentera yang akan menyertai operasi mengentikan pemberontakan di timur Ukraine.

Kementerian Pertahanan Ukraine menyatakan dalam satu kenyataan, pesawat II-76 itu ditembak dalam satu serangan dengan menggunakan senjata antipesawat dan mesingan.

LIHAT VIDEO :

Perbalahan terbaharu itu berlaku dalam minggu ini selepas tentera kerajaan menawan semula Pelabuhan Mariupol kelmarin.

Ukarine memperoleh Presiden baharu, Petro Poroshenko seminggu lalu. - Agensi -











Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: