Nuffnang Ads

Rabu, Jun 18, 2014

VIDEO: SUBHANALLAH PUTING BELIUNG BERKEMBAR SERANG NEBRASKA, AMERIKA SYARIKAT

Kejadian yang tidak pernah berlaku, 'Puting Beliung Berkembar', terjadi serentak membadai Nebraska, Amerika Syarikat. Separuh Nerbraska musnah dibadai dua puting beliung kuat...
Separuh Nerbraska musnah dibadai dua puting beliung kuat !
NEBRASKA, Amerika Syarikat 17 Jun - Sekurang-kurangnya seorang terkorban, manakala 16 lagi berada dalam keadaan kritikal, selepas puting beliung kuat melanda timur laut negeri ini, semalam.


LIHAT VIDEO :

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan melaporkan sekurang-kurangnya dua puting beliung dalam jarak 1.6 kilometer antara satu sama lain membadai kawasan yang didiami 350 orang penduduk itu.

"Hampir separuh bandar ini musnah, rumah dan kedai ranap akibat dibadai puting beliung," kata Pesuruhjaya Stanton County, Jerry Weatherholt.

LIHAT VIDEO :

Mangsa yang cedera kini menerima rawatan di tiga buah hospital daerah dan seorang mangsa meninggal dunia.

Syerif Stanton County, Mike Unger menganggarkan antara 50 dan 75 peratus kawasan di Pilger rosak teruk akibat dibadai puting beliung dan sebuah sekolah langsung tidak boleh digunakan lagi.

"Apa yang berlaku begitu mengejutkan. Lima orang penduduk yang menetap di sebuah pusat jagaan di barat laut Santon berjaya diselamatkan selepas puting beliung melalui kawasan berkenaan," jelasnya.

Gabenor Nebraska, Dave Heineman mengisytiharkan perintah darurat dan Pengawal Nasional sedang bersiap sedia untuk dikerahkan bagi menyalurkan perkhidmatan kecemasan dan membantu membersihkan kawasan yang rosak.

Agensi Pengurusan Kecemasan Nebraska dijangka tiba di bandar berkenaan awal pagi ini.

Semua penduduk di Pilger sudah dipindahkan dan Peronda Nebraska akan menutup jalan-jalan menuju ke bandar tersebut. - AGENSI









Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: