Nuffnang Ads

Rabu, Julai 16, 2014

CDM25: PADAH 'NAIK HANTU'

KESIAN PAKCIK TUA NI KENA MAKI HAMUN 
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.

MENTANG-MENTANG PAKCIK NI BAIK, SIAP KETUK-KETUK KERETA PULAK
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.

"Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.
INI KOMEN ANAK PAKCIK TUA JESSICA QI DALAM FACE BOOK MILIKNYA 
"Tindakannya itu mengundang bahaya dan dianggap sebagai pembuli jalan raya yang menyalahi undang-undang," katanya ketika sidang media penyerahan bungkusan Aidilfitri kepada pegawai dan anggota PDRM di Bukit Aman, tadi.

Beliau berkata, meskipun lelaki di dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis, pihaknya akan tetap mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu.

"Kalau tiada laporan polis kita akan buat laporan terhadap wanita itu kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian," katanya.

BERIKUT ANTARA KOMEN ORANG RAMAI :

"Kebanyakan pengguna laman sosial menyelar tindakan wanita itu", yang dianggap biadap. Namun ada juga pengguna merasakan perkara ini patut diselesaikan pihak polis.

Video yang berdurasi lebih dua minit itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial dan sudah dilihat lebih 180,000 pengguna.-hmetro-

BILA PEREMPUAN MELAYU MENGAMUK



SUMBER: .hmetro
VIDEO: YOUTUBE

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: