NUFFNANG

Selasa, Julai 08, 2014

ELAK AMBIL MAKANAN PEDAS SEPANJANG RAMADAN

Umat Islam disaran mengamalkan pemakanan sihat sepanjang Ramadan ini, iaitu dengan makanan yang manis serta mudah hadam sebaik berbuka puasa.

Makanan yang manis serta mudah dihadam seperti kurma, buah-buahan atau jus dapat memberi tenaga segera kepada tubuh.
  
Masyarakat juga dinasihatkan melewatkan waktu bersahur, sekurang-kurangnya setengah jam sebelum imsak dengan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti mil penuh atau oat supaya berasa kenyang dalamtempoh masa lebih lama.

Kewujudan pelbagai juadah yang tersedia sepanjang Ramadan boleh mempengaruhi masyarakat untuk melupakan seketika amalan makan secara sihat.  Antara amalan baik yang boleh dilakukan adalah menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu Maghrib.

Selain mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh membekalkan serat, elakkan daripada makan masakan pedas dan berempah yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut ketika berpuasa. 

Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak kerana kedua-dua jenis makanan ini segera dihadam dan menyebabkan cepat berasa lapar. 

Masyarakat juga dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam yang tinggi untuk mengurangkan rasa haus dan minuman berkafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. 

Pilihlah snek yang ringkas semasa moreh, seperti sandwic, yogurt, roti dan biskut yang dimakan bersama segelas susu dan minum air kosong enam hingga lapan gelas sehari. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan makan secara sihat, sila layari laman sesawang bahagian pemakanan di nutrition.moh.gov.my atau portal MyHEALTH di www.myhealth.gov.my. 

Oleh: Namialus_2020

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: