Nuffnang Ads

Khamis, Julai 03, 2014

FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG REMAJA OKU ADIK FIRDAUS DULLAH

Pasti ramai mengikuti perkembangan adik Firdaus nie bukan. Berita terkini dari doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap adik Firdaus ini amat mengejutkan.Hal ini kerana doktor mendapati makanan yang berada dalam perut adik Firdaus berusia sekurangnya 3 bulan yang lalu.

Ini bermakna adik Firdaus tidak makan atau minum hampir 3 bulan lamanya.Apakah yang menyebabkan dia boleh bertahan sebegitu lama sekali sedangkan manusia biasa hanya bertahan 3 hari tanpa makan dan minum?

Sesungguhnya ini semua merupakan kuasa Allah S.W.T yang memberi kehidupan kepada makhluknya.Dengan kuasa Allah S.W.T juga adik Firdaus ini dipertemukan sebelum Ramadhan dan dapat menyambut hari Raya Aidilfitri jika dipanjangkan umur kelak.

Marilah kita doakan yang terbaik untuk adik ini. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki di kehidupan mendatang.
PENGARAH Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman
PENGAKUAN PENGARAH Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman:
Penuh rasa belas kasihan...Faizal ketika bertemu Firdaus.
"Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.

Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.

Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.

Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.

Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung. Paling menakjubkan wajah adik Firdaus kelihatan bercahaya dan sangat bersih...

Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan".



Oleh:Namialus_2020

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: