Nuffnang Ads

Khamis, Julai 03, 2014

'ISIL' UGUT AKAN HANCURKAN KAABAH, LAPOR MEDIA

ISIL merancang untuk menawan Arab Saudi, menghancurkan Kaabah dan beroperasi dari kota suci Islam itu, lapor media Turki. Gambar fail.
DUBAI - Ketua militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), Abu Bakr al-Baghdadi menyebarkan propagandanya apabila menyeru orang Islam menyertai kumpulannya bagi membantu membina negara Islam dan melancarkan 'perang suci'.

Dalam rakaman audio selama 20 minit yang disiarkan melalui Internet, Abu Bakr menjadikan bulan Ramadan sebagai alasan kepada umat Islam untuk 'berjihad' dan melakukan perkara yang betul.

Abu Bakr turut menyeru pengikut ISIL terutamanya golongan akademik, hakim, anggota tentera, doktor dan pentadbiran agar berhijrah ke kawasan jajahannya dari Aleppo di Syria hingga wilayah Diyala di Iraq, yang digelar sebagai 'Negara Islam'.

"Dunia ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu kem orang Islam dan golongan munafik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

"Oleh itu angkatlah senjata untuk berperang sebelum kamu semua hilang kekuatan," katanya dalam mesej yang pertama sejak menubuhkan 'Negara Islam'.

Semalam, kumpulan penentang kerajaan Syria menolak pembentukan 'negara' itu yang diketuai ISIL dan menyifatkan pemerintahan khalifah tersebut menyebabkan perpecahan selain usaha menghentikan revolusi di Iraq dan Syria.

Sementara itu, portal berita Huffington Post yang memetik laporan media Turki menyatakan, ISIL berikrar untuk merobohkan Kaabah sebaik-baik menawan Arab Saudi.

Wakil ISIL, Abu Turab Al Mugaddasi dalam kenyataan Twitter berkata, kumpulan militan tersebut akan menguasai bandar Arar di Arab Saudi sebagai lokasi permulaan.

"Jika diizinkan, ISIL akan membunuh penganut Islam yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah.

"Mereka datang ke Mekah untuk menyentuh batu dan bukannya menyembah Allah," katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada akaun Twitter itu benar-benar milik Abu Turab. - REUTERS

ISIL Attack | Military vs ISIL iraq war video compilation | VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: