Nuffnang Ads

Isnin, Julai 07, 2014

KEPERGIAN ALLAHYARHAMAH BIDUANITA NEGARA : TIADA MAJLIS TAHLIL, AKAUN FB DITAMATKAN

Tiada majlis Tahlil Arwah akan diadakan untuk Allahyarham biduanita negara Datuk Sharifah Aini, kerana majlis seperti itu hanyalah dianggap sebagai amalan dan bukan sesuatu yang mesti dilakukan.

Selain itu, laman Facebook (FB) milik beliau juga sudah ditutup oleh anaknya Aliff Omar Ali, menurut laporan Mstar Online.

Akaun berkenaan ditutup selepas jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di ibu negara semalam.

Alff mengambil keputusan menutup akaun itu kerana tidak mahu segala memori yang dititipkan menerusi akaun berkenaan dibangkitkan semula.

Sharifah Aini pernah menjadikan akaun FB miliknya itu untuk meluahkan rasa hati kepada para peminatnya.

Menerusi laman sosial itu juga Allahyarham, turut menggambarkan pengakhiran usianya apabila beliau meminta para peminat menghadiahkannya Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia di Pusat Pakar Damansara di Petaling Jaya, pada Sabtu lepas pada usia 61 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.

Kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar terhadap dunia hiburan tanah air sehingga ia menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut mengucapkan takziah. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: Namialus_2020
Sumber: MYNEWSHUB.MY

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: