Nuffnang Ads

Rabu, Julai 02, 2014

KLIP VIDEO NI LAH YANG PERDANA MENTERI KITA SUKA

KUALA LUMPUR – Video muzik rasmi terbaharu Tourism Malaysia ‘Essence of Asia’ untuk membantu mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014, mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Video muzik selama lima minit itu yang memaparkan keajaiban keindahan Malaysia, daripada khazanah semula jadi hingga kepada kepelbagaian budaya negara dan lain-lain, disifatkan Najib sebagai berjaya membuatkan beliau merasai suatu keindahan luar biasa yang mempesonakan.

“Bila saya menonton video ini…saya diingatkan bagaimana bertuahnya kita hidup dalam sebuah negara yang begitu indah seperti Malaysia,” katanya dalam catatan terbaharu Facebook dan akaun Twitter beliau.

Najib turut membuat pautan video muzik itu http://bit.ly/1rRO4wP.

Cuba rasai sendiri nikmat keindahan luar biasa yang mempesonakan ini, katanya.

Video muzik itu baru-baru ini memenangi pingat gangsa pada Annual Telly Awards ke-35 dan sebelum itu video berkenaan juga memenangi anugerah khas Kempen Kesedaran Awam di Deauville Green Awards International Film Festival ke-3 bagi pembangunan dan ekologi mapan, dan pada Golden City Gate Tourism Media Awards 2014, ia menang untuk kategori ‘Country’.

Runut bunyi dalam video muzik itu yang merupakan versi diperbaharui daripada lagu popular “Malaysia Truly Asia”, dinyanyikan oleh Yuna.

LIHAT VIDEO :

Lagu itu diberikan nafas baharu bila dinyanyikan oleh penyanyi popular ini, dengan bantuan studio audio tempatan Two AM Music Studios dan dirakamkan di studio berprestij Chalice Recording Studio di Los Angeles. – BERNAMA

-mynewshub.my-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: