Nuffnang Ads

Khamis, Julai 03, 2014

SIAPA DALANG GERAKAN MILITAN ISIL?

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu dalang di sebalik kumpulan Militan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) yang mencetuskan krisis perang sehingga menawan wilayah Mosul, Iraq.
Ahli ISIL datang dari pelbagai negara seperti Syria, Lybia serta negara-negara Arab
Penganalisis Politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malik berkata, banyak persoalan tidak jelas mengenai siapa mendalangi ISIL sehingga kewujudannya menimbulkan pergolakan dan campur tangan Amerika Syarikat (AS), Iran serta negara Teluk.

Katanya, terdapat pelbagai teori berhubung siapa yang membantu gerakan militan ini, termasuklah dakwaan didalangi Iran.

“ISIL yang didakwa ciptaan Iran ini, ditubuhkan bagi mengganggu perjuangan rakyat Syria, di mana Iran bertanggungjawab membiayai kumpulan ini serta membekalkan peralatan senjata canggih dan terkini.

“Namun, serangan ke atas Iraq, termasuk kejayaan mereka menawan wilayah Mosul, dikatakan mengancam kedudukan Iran seterusnya membenarkan Iran menerima bantuan AS,” katanya, semalam.

Katanya, jika ISIL bukan ciptaan Iran, ia berkemungkinan didalangi Arab Saudi, namun tiada fakta yang dapat menyokong kesahihan dakwaan itu.

“Ahli kumpulan ISIL pula dikhabarkan adalah serpihan dari kumpulan al-Qaeda yang keluar dari kumpulan itu untuk membentuk ISIL. Namun, al-Qaeda tidak pernah mengiktiraf kewujudan mereka yang dianggap terlalu radikal,” katanya.

Katanya, ahli ISIL datang dari pelbagai negara seperti Syria, Lybia serta negara-negara Arab.

“Kebangkitan golongan ISIL ini berpunca daripada dasar pemerintahan kuku besi yang menghalang perjuangan demokrasi Islam di negara Arab,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pergolakan di negara itu sebenarnya tidak dicetuskan oleh ISIL, sebaliknya kerana pemberontakan tentera Iraq yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki.

Katanya, paparan media barat mengenai pergolakan berpunca dari serangan ISIL adalah tidak tepat.

Baca Juga Artikel Berkaitan :
ISIL UGUT HANCURKAN KAABAH
MISTERI PEMIMPIN MILITAN ISIL

ISIL militants show off tank in Raqqa - amvid


Oleh: Namialus_2020

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: