Nuffnang Ads

Selasa, Julai 15, 2014

VIDEO: AL-QASSAM BERJAYA HANTAR 'BURUNG ABABIL' KE WILAYAH ISRAEL

'ABABIL', mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh
TENTERA Israel mengatakan pihaknya telah menembak jatuh pesawat tanpa pemandu (drone) dari Gaza pada pagi isnin (14/7/2014). Insiden ini merupakan pelancaran pertama sebuah pesawat tanpa pemandu milik pejuang Palestin yang ada di Semenanjung Gaza.


LIHAT VIDEO

Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengaku bertanggung jawab atas sebuah pesawat tanpa pemandu yang di beri nama 'ABABIL', sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil. yang ditembak jatuh oleh tentera Israel pada pagi isnin kelmarin di kota pantai Ashdod.
Pesawat tanpa pemandu yang di beri nama 'ABABIL', sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil
'ABABIL', mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan!

Dalam sebuah kenyataan singkat, briged Al-Qassam mengatakan bahwa mereka berjaya melancarkan pesawat pengintip di wilayah udara Israel untuk melaksanakan misi khas.

LIHAT VIDEO

Ini merupakan suatu perkembangan terbaru dalam kecanggihan persenjataan pejuang Hamas. Selain roket buatan mereka yang mampu mencapai jarak sehingga 160 km.

Tentera Israel mengatakan pesawat tanpa pemandu itu telah berjaya mereka musnahkan berhampiran pelabuhan Ashdod oleh roket Patriot buatan AS.

Pasukan Israel berusaha mencari serpihan pesawat di daerah sekitar 25 km sebelah utara Gaza untuk menentukan apakah pesawat tanpa pemandu itu membawa roket atau tidak. 

Sumber : Youtube

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: