NUFFNANG

Rabu, Julai 09, 2014

VIDEO: AYAM CEMANI YANG MISTERI DAN BANYAK KHASIAT TERSEMBUNYI

Sejarah dan Kegunaan Ayam Cemani, Ayam cemani ataupun juga dikenali sebagai Ayam selasih dikatakan berasal dari Indonesia, iaitu Pulau Jawa. Perkataan cemani berasal dari bahasa jawa kuno yang bermakna Hitam Legam.


Warna hitam ini merangkumi seluruh badan ayam cemani, bermulai dari balung, paruh, bola mata, rongga mulut, lidah, bulu, sayap, ketiak, lubang dubur, kaki,kuku dan juga dagingnya serta darahnya sekali berwarna hitam legam.


Kononnya ayam cemani ini memiliki warna hitam yang sangat sempurna dengan 100 % warna keseluruhan nya hitam, malahan sehingga warna daging tulang dan darahnya semuanya berwarna hitam, warna hitam merangkumi seluruh badannya dari bahagian luar, hingga ke bahagian dalam organnya.


Melihat dari kriteria dan ciri-ciri tersebut inilah yang dikatakan sebagai “Ayam Cemani Asli” atau sering juga disebut dengan gelaran (Hayam Hideung) kata orang Sunda.

Pada zaman dahulu asal usul ayam cemani ini adalah ayam kedu hitam, yang banyak dipelihara oleh masyarakat di desa Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke 19.

Ayam ini merupakan ayam yang sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga ayam ini sangat disukai dan menjadi peliharaan atau koleksi para bangsawan dan raja-raja sahaja pada zaman dahulu kala. Inilah yang membuatkan ayam ini menjadi sangat eksklusif, dan memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana dikaitkan dengan golongan atasan.

Sekarang ayam cemani semakin kurang, dan sukar diperolehi, sehinggakan ayam ini menjadi banyak di buru dan di cari orang, hingga kini ini hanya segelintir orang saja yang memiliki nya.

Mengapa Ayam Cemani banyak diburu dan dicari Orang??? Untuk Keperluan dan Kegunaan Apakah Ayam Cemani ini???

LIHAT VIDEO

1. UNTUK TUJUAN MENDAPAT REZEKI LEBIH

Melihat dari keistimewaan dan keunikan ayam tersebut, beberapa kriteria yang tidak dimiliki ayam lain, sehingga Ayam Cemani ini memiliki nilai dan kelas tersendiri, dengan tarafnya yang sangat istimewa, selain dariapada sebagai peliharaan peribadi atau koleksi, kononnya dengan memelihara ayam tersebut dapat mendatangkan banyak rezeki kepada tuannya.

2. UNTUK KEGUNAAN PEMUJAAN

Ayam Cemani banyak dicari orang sebagai syarat keperluan khadam dalam ritual ghaib seperti ritual penggalian harta karun, perubatan, pemulihan bangunan seperti gedung, plaza, hotel, kedai, pejabat, rumah, dan lain-lain lagi.

Juga digunakan ntuk pelaris perniagaan dan digunakan untuk ritual pembangunan projek-projek besar seperti pembinaan jambatan, empangan, terowong, pembangunan jalan tol, terminal, pelabuhan serta projek-projek besar lain yang berhubungan dengan Alam.

Selain itu Ayam Cemani boleh juga di gunakan untuk memandikan benda pusaka, serta buang sial, sukar mendapat jodoh juga untuk ilmu pemikat wanita.

3. UNTUK MENDAPATKAN ILMU KESAKTIAN

Dahulu kala Ayam Cemani sering digunakan oleh para Raja dan ahli persilatan sebagai syarat sajian untuk penguasaan ilmu tertentu agar tercapai ilmu kesaktian-nya. 

3. HARGA PASARAN AYAM CEMANI ?

Melihat semakin berkurang dan semakin misterinya ayam ini, dan sangat sukar dicari untuk mendapatkan nya, Sehingga kini hanya segelintir orang saja yang memilikinya.

Itupun sebahagian dari mereka (pemiliknya) tidak ingin menjualnya, Apatahlagi ayam ini semakin banyak dicari dan diperlukan orang sebagai syarat untuk keperluan Hajat tertentu, oleh itu ayam cemani memiliki harga pasaran yang tinggi, ada yang menjual dengan harga mencecah ribuan ringgit.

Namun setinggi manapun harga yang ditawarkan, pasti ada saja orang yang berminat dan mampu membelinya, kerana khasiat serta kegunaan nya.
Apalagi bagi orang-orang yang betul-betul sangat memerlukan-nya, seperti orang-orang yang sedang mempunyai hajat atau kepentingan tertentu, seperti pemburu harta karun, pengumpul barang-barang antik, benda-benda seni & pusaka serta paranormal. Berapapun harga yang ditawarkan pasti saja mereka berani membelinya.

Lain-lain khasiat ayam hitam ini jika dimasak dengan herba tertentu ialah :

1- Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
2- Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
3- Melegakan migrain & angin dalam badan
4- Menguatkan hati & buah pinggang
5- Melegakan asma
6- Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
7- Menyelesaikan masalah buasir
8- Menaikkan seri muka

Oleh: Namialus_2020

2 ulasan:

Efendi Prasetya berkata...

Harga ayam cemani sekarang kisaran berapa y bang?

Genanime berkata...

Harganya berapa ya bang ayam cemani?

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: