Nuffnang Ads

Khamis, Julai 03, 2014

VIDEO: LELAKI ULAR PALING DAHSYAT DI DUNIA

LELAKI luar biasa ini digelar 'Lelaki Ular', berusia 37 tahun. Namanya Vava Suresh kerjanya menangkap ular yang masuk kedalam rumah orang-orang kampung. Sudah melebihi 30,000 ekor ular yang pernah di tangkapnya hidup-hidup.

Ular yang di tangkapnya semuanya ular paling berbisa. Lelaki ular ini sangat terkenal di seluruh India Selatan Kerala.

Suresh, yang dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di bandar Thiruvananthapuram, mempunyai pandangan yang sama sekali berbeza mengenai ular daripada kebanyakan orang. 

Beliau mengatakan bahawa mereka lembut, makhluk yang perlu dicintai dan memerlukan perlindungan daripada manusia. "Ular adalah sebahagian daripada hidup saya sejak zaman kanak-kanak," katanya.

Sehingga kini Suresh sudah menangkap dan menyelamatkan 12 ekor King cobra, 7000 ekor cobra India, 1,600 hingga 1,700 ular berbisa lain-lain jenis dan 150 ular sawa.

Beliau tidak mempunyai apa-apa alat khas untuk kerja berbahaya ini, dia hanya melakukannya dengan tangan kosong. Pihak bomba dan polis juga sering mendapatkan khidmatnya.

"Ramai daripada mereka mendapat nombor telefon saya dari balai polis atau bomba," katanya. "Beberapa akhbar tempatan juga menyiarkan nombor telefon bimbit saya untuk orang ramai untuk menghubungi saya dengan mudah."

Selain menyelamatkan ular dari kawasan bandar dan melepaskan mereka ke dalam hutan, Suresh memelihara telur ular sehingga mereka menetas.

Salah satu jarinya telah dibuang melalui pembedahan selepas mengalami gigitan ular tedung. Dan pada tahun 2012, kulit pada peha kanannya terpaksa ditambah selepas gigitan ular berbisa ini. Suresh telah terselamat lebih daripada 266 gigitan ular berbisa, dan badannya kini telah mempunyai antibodi yang mencukupi terhadap racun ular.

Menyedari bakatnya menguasai ular, Jabatan Perhutanan Kerala menawarkannya kerja kerajaan pada tahun 2012, di sebuah taman ular. Tetapi Suresh menolak, kerana tugas itu tidak akan membenarkan dia untuk membantu masyarakat dan ular dengan caranya yang tersendiri.

LIHAT VIDEO :


Oleh: Namialus-2020
Sumber: odditycentral

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: