NUFFNANG

Rabu, Julai 09, 2014

VIDEO : SILAP MATA HEBAT DARI SEORANG AMATUR

Aksi Darcy Oake, 26 yang memeranjatkan juri  ‘Britain’s Got Talent 2014′
BAGI mereka yang mengikuti rancangan ‘Britain’s Got Talent 2014′, pasti anda mengenali Darcy Oake, 26, peserta yang berjaya memukau juri termasuk Simon Cowell dan para penonton dengan aksi silap matanya yang cukup hebat.

Darcy Oake, 26
Malah video persembahannya yang dimuatnaik di laman YouTube enam hari lalu sudah mencecah tontonan lebih 30 juta kali sehingga artikel ini ditulis.

Susulan kehebatannya itu, ada pihak yang menyifatkan dia sebagai ‘terlalu profesional’ untuk pertandingan seumpama itu, walaupun dia hanyalah seorang pemain silap mata amatur.

“Mengenai perihal profesional, saya faham apa yang mereka maksudkan. Tapi, rancangan ini tidak pernah dianggap hanya untuk amatur,” katanya.
Berjaya memukau juri termasuk Simon Cowell 
Persembahan Oake itu hampir keseluruhannya menggunakan burung merpati sebagai subjek utamanya, namun bahagian akhirnya cukup mengejutkan orang ramai apabila dia menukarkan beberapa ekor burung itu kepada seorang gadis.

Jom saksikan video ini sampai habis...


Oleh: Namialus_2020

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: