Nuffnang Ads

Jumaat, Ogos 29, 2014

BENARKAH AL BAGHDADI DILATIH OLEH MOSSAD?

Media antarabangsa mendedahkan beberapa wajah Al Baghdadi yang sehingga kini menjadi tanda tanya.
BEKAS ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang juga ejen Perisikan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat Edward Snowden mendedahkan, pemimpin Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL) Abu Bakar Al Baghdadi dilatih di Israel.

Snowden berkata, CIA dan Perisikan Britain (M-16 British) bekerjasama dengan Agensi Perisikan Israel (Mossad) untuk mewujudkan sebuah organisasi pengganas yang mampu menarik semua kumpulan pelampau di dunia bernaung di bawah satu bumbung dengan gunakan strategi dikenali sebagai Hornet’s Nest atau sarang tebuan.

Strategi itu bertujuan mengenal pasti semua ancaman utama dari luar yang kebanyakan mereka mahu menghuru-harakan kestabilan negara-negara Arab.

Beliau juga mendedahkan, ketua pemimpin yang digelar sebagai Khalifah iaitu Abu Bakr Al Baghdadi pernah mendapat latihan ketenteraan dengan Mossad.

Selain latihan ketenteraan, Al Baghdadi diasah kemahiran berkomunikasi untuk menarik 'pengganas' dari segenap pelosok dunia untuk mempercayai dirinya.

 Difahamkan, penggunaan gelaran Khalifah itu adalah untuk memberi keyakinan kepada penduduk Islam bahawa ia merupakan gelaran tertinggi dan sangat suci.

Snowden kini, masih berada di bawah sekatan perjalanan dalam zon antarabangsa di Moscow kerana pasportnya telah dibatalkan baru-baru ini.

Pengesahan lain

Pusat Penyelidikan Globalisasi (CRG), sebuah pertubuhan bebas di wilayah Quebec, Kanada turut melakukan kaji selidik terhadap strategi itu yang pernah dilaksanakan di tiga negara.

“Satu-satunya penyelesaian untuk melindungi negara Yahudi adalah dengan mewujudkan musuh berhampiran sempadannya,” katanya.

Seorang pakar kajian oriental Rusia, Vyacheslav Matuzov berkata, Al-Baghdadi mempunyai hubungan rapat dan kerjasama dengan CIA.

“Kenyataan itu disokong ketika beliau berada dalam tahanan di penjara Bucca pada 2004  hingga 2009,” katanya.

Menurutnya, AS tidak akan menentang atau memburu pemimpin ISIL kerana mereka adalah rakan sekutu.

ISIL adalah kumpulan pelampau Takfiri yang mula bangkit ketika pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2006 sebelum mereka bergabung menjadi kumpulan besar di Syria pada 2012.

Kumpulan ini juga bertanggungjawab melakukan pembunuhan besar-besaran di seluruh Syria dan Iraq.

Sumber Kurdish mendedahkan, tentera Pishmarga telah menemui bungkusan makanan dan peralatan berasal dari Israel di dalam tempat persembunyian ISIL di Iraq.

Laporan turut menyebut makanan dan peralatan itu ditemui di Ibu Pejabat ISIL terletak di Mosul dan Kirkuk.

Sebelum ini terdapat juga laporan menyatakan bahawa anggota ISIL ini menerima rawatan di hospital di Israel selepas tercedera ketika pertempuran di Syria.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga telah membuat lawatan rahsia ke hospital yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa Israel yang dikhaskan untuk merawat anggota ISIL ini.

Mei lalu, sebanyak 283 anggota ISIL menerima rawatan di Hospital Zif, bandar Safed, manakala selebihnya dihantar ke hospital-hospital lain di dalam Israel selepas bertempur dengan tentera rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.

SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: