Nuffnang Ads

Jumaat, Ogos 15, 2014

KENAPA MUFTI BESAR MESIR KUTUK ISIL

Askar ISIL membunuh penduduk Iraq dengan cara sangat kejam. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa tertinggi hal ehwal agama Mesir mengutuk keganasan dilakukan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dengan menyifatkan kumpulan terbabit sebagai organisasi pelampau yang mencemarkan imej Islam.


Askar ISIL membunuh penduduk Iraq dengan cara sangat kejam.

Ulama paling berpengaruh di Mesir, Mufti Shawqi Allam berkata, kewujudan kumpulan itu adalah ancaman utama umat Islam di seluruh dunia kerana melakukan pembunuhan kejam dan melakukan kerosakan terhadap harta benda awam dengan sewenang-wenangnya.

“Kami mengambil pendirian tegas dan berani untuk mengutuk kemunculan ISIL yang mahu merosakkan imej Islam,” katanya kepada Al Arabiya/Antara.

Sementara itu, Senator Amerika Syarikat (AS) John McCain berharap, kerjasama antara negaranya dengan Indonesia diharap berhasil.

“Kerjasama ini penting kerana Indonesia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk Muslim paling ramai di dunia. Kami bersedia bantu untuk menyekat propaganda yang cuba dilancarkan oleh anggota ISIL yang dipercayai wujud di Indonesia,” katanya.

Terdahulu, Indonesia giat meningkatkan pemburuan anggota ISIL di negara itu selepas Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengisytiharkan kumpulan terbabit sebagai pengganas. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: