Nuffnang Ads

Jumaat, Ogos 15, 2014

TRAGEDI GAZA: INILAH DOKUMEN 5 PERKARA TUNTUTAN PALESTIN DARI REJIM ZIONIS

Dokumen yang mengandungi tuntutan- tuntutan delegasi Palestin telah didedahkan :

1. Laksanakan gencatan senjata dan tentera Zionis haruslah berundur dengan kadar segera dari semua sudut sama ada darat, udara, dan laut.

2. Membuka laluan- laluan sempadan antara semenanjung Gaza dan Israel serta memudahkan pergerakan barangan- barangan, individu- individu antara Tebing Barat dan Gaza melalui laluan Karem Shalom, dan Erez/Beit Hanoun.

3. Pihak Zionis mestilah menghentikan kawasan penampan atau ‘Buffer Zone’ di timur semenanjung Gaza serta membenarkan orang- orang awam dan petani- petani bergerak bebas tanpa diancam. Selain menyerahkan kawasan penampan tersebut kepada pihak berkuasa keselamatan Palestin.

4. Meluaskan kawasan penangkapan ikan sehingga 12 batu Nautika serta wajib menghapuskan kepungan dari sudut ekonomi dan harta ke atas Gaza tanpa ada sekatan daripada Israel.

5. Meneruskan projek pembinaan pelabuhan laut serta melepaskan tawanan- tawanan Palestin semasa ‘Perjanjian Shalit’ yang telah ditawan semula oleh pihak ZIonis.

Sumber : Aman Palestin | peribadirasulullah.wordpress.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: