Nuffnang Ads

Khamis, Ogos 07, 2014

TRAGEDI MH17: HANYA 150 MAYAT SEMPURNA LEBIHNYA HANYA TINGGAL CEBISAN

 450 bahagian iaitu 150 ialah mayat sempurna manakala 300 pula anggota pelbagai badan tidak sempurna
PUTRAJAYA - Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) telah menjalankan bedah siasat terhadap 150 mayat sempurna dan 300 pelbagai anggota badan tidak sempurna mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Daripada 226 keranda yang selesai dibuka ada 600 bahagian...pemeriksaan telah dibuat ke atas 450 bahagian iaitu 150 ialah mayat sempurna manakala 300 pula anggota pelbagai badan tidak sempurna,” katanya.

Dr Subramaniam berkata, satu keranda yang baru tiba di Kem Tentera Hilversum, Amsterdam pada 4 Ogos, sedang dalam proses pemeriksaan bedah siasat.

“Jangkaannya dalam seminggu dua ini semua pemeriksaan (bedah siasat) siap dijalankan, selepas itu proses mengenal pasti (pemadanan) akan dijalankan daripada keputusan DNA yang kita hantar daripada ahli keluarga terdekat,” katanya.

Bercakap dalam sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kementerian di sini semalam, beliau berkata proses mengenal pasti mangsa mayat pula dijangka siap selewat-lewatnya dalam tiga minggu lagi.

Dr Subramaniam berkata, selepas segala proses rumit itu selesai, kerajaan akan membuat keputusan berhubung proses membawa balik mangsa mayat itu ke negara ini dengan mengambil kira pandangan waris mangsa.

“Sebab ada pelbagai pandangan, ada yang tidak mahu ianya dibawa balik, ada yang nak dibakar di situ dan ada juga yang mahu membawa balik secepat mungkin. Tiap-tiap pandangan akan diambil kira oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini pasukan DVI Malaysia dan DVI antarabangsa berada dalam fasa pemadanan data pemeriksaan antemortem dan post mortem bagi tujuan pengesahan secara positif identiti mangsa. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: