NUFFNANG

Khamis, September 25, 2014

INDIA SUDAH TAKLUKI MARIKH

Misi India itu bertujuan mengkaji permukaan Marikh dan memeriksa atmosfera untuk mengesan gas metana, yang boleh memberikan bukti terdapat kehidupan di sana
NEW DELHI 24 Sept. - Robot peninjau misi India ke Marikh hari ini berjaya memasuki orbit di 'Planet Merah' tersebut dalam cubaan pertama, umum Perdana Menteri, Narendra Modi.

"India berjaya tiba di Marikh. Tahniah semua, sejarah berjaya dicipta hari ini," katanya di Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India di selatan India.

Kejayaan misi itu dicapai selepas projek tersebut bermula 10 bulan lalu dan dianggap sebagai menunjukkan kemampuan negara dalam menggunakan teknologi angkasa lepas kos rendah dan buatan tempatan.

Beliau berkata, jumlah saintis India berbelanja untuk melaksanakan misi itu kurang daripada perbelanjaan untuk membuat filem Hollywood.

LIHAT VIDEO INDIA TAKLUKI MARIKH

Projek itu hanya melibatkan bajet AS$74 juta (RM236.8 juta) berbanding penghasilan filem blockbuster sains fiksyen Gravity melibatkan AS$100 juta (RM320 juta).

Kejayaan itu menempatkan India bersama Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Eropah yang berjaya melaksanakan misi ke Marikh.

Misi India itu bertujuan mengkaji permukaan Marikh dan memeriksa atmosfera untuk mengesan gas metana, yang boleh memberikan bukti terdapat kehidupan di sana.

Robot peninjau itu dijangka mengelilingi Marikh selama enam bulan iaitu sejauh 500 kilometer dari permukaan planet tersebut. - AFP

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: