Nuffnang Ads

Isnin, September 08, 2014

SERAM! HOMESTAY BERHANTU MALAM INI DI TV9

KUALA LUMPUR: Membariskan pelakon hebat seperti Izreen Azminda, kumpulan Bocey dan Nas T, telefilem komedi seram Homestay Berhantu terbitan Zeel Production dijangka menggamit keseronokan dan ketakutan pada masa yang sama malam ini jam 8.30 malam di TV9.


Menurut pengarahnya, Amor Rizan, beliau melihat kumpulan Bocey mempunyai bakat yang sangat besar dan sekiranya mempunyai lebih banyak masa, beliau ingin terus mencungkil apa yang terpendam dan dimiliki kumpulan berkenaan.

"Namun masa terlalu suntuk kerana jadual mereka begitu padat dan saya cuma ada enam hari untuk menjalani penggambaran telefilem ini berikutan kesibukan mereka. Tetapi mereka juga memberikan kerjasama yang sangat bagus dan penuh disiplin, walaupun kadangkala penggambaran menjangkau ke awal pagi.

"Izreen juga tidak ketinggalan memperlihatkan kehebatannya dalam mendalami watak di mana beliau melakonkan watak Mawar, yang juga penari Mengadap Rebab. Izreen dengan penuh komited belajar untuk menari tarian terbabit dalam masa hanya 2 jam sebelum penggambaran.

"Begitu juga dengan Nas-T, lakonannya sebagai peguam licik, berjaya dibawa dengan mudah kerana lagaknya sendiri penuh misteri," kata Amor.

Turut membintangi telemovie ini ialah pelakon yang tidak asing lagi seperti Khairil Anwar dan Kaza.

Homestay Berhantu

Homestay Berhantu adalah komedi seram yang mengisahkan tiga sahabat Din, Man dan Achik (lakonan Kumpulan BOCEY) yang baru kehilangan pekerjaan sehingga hanya mampu memakan bawang rebus, tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila Man diwasiatkan sebuah rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.

Peguam yang menguruskan wasiat berkenaan, Encik Zikri (Nas-T) mencadangkan mereka untuk membuat rumah wasiat itu sebagai rumah inap tetapi dengan beberapa syarat pelik seperti memasang kamera CCTV dan mereka perlu menghantar rakaman video kepada Zikri setiap hari.

Mahu tidak mahu, kerana terdesak, mereka menurut kehendak En Zikri dan berpindah ke rumah berkenaan dan menjadikannya rumah inap.

Mereka juga turut berkenalan dengan jiran baru bernama Mawar (Izreen Azminda) yang juga mempunyai warung tidak jauh dari rumah inap mereka.

Kegembiraan tiga sahabat itu mendapat rumah wasiat tidak lama apabila terdapat gangguan dan kejadian aneh yang mula menghantui mereka. Mereka semakin dilanda ketakutan apabila mendapati jiran mereka Mawar, bukanlah seorang manusia!

SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: