Nuffnang Ads

Khamis, Oktober 02, 2014

AIR TASIK INI BOLEH UBATI KEMANDULAN

PULAU Dayang Bunting
PULAU Dayang Bunting yang merupakan pulau kedua terbesar di Langkawi, Kedah memiliki sisi mitos yang tidak kurang popularnya. Pulau itu dikatakan kelihatan seperti seekor gergasi hamil yang terlena. Ini kerana formasi gunung-ganang di pulau itu menyerupai sosok seorang wanita yang sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.


LIHAT VIDEO

Pemandangan itu dapat dilihat di sepanjang perjalanan menaiki bot dari Pulau Langkawi ke Pulau Dayang Bunting yang mengambil masa kira-kira 15 minit.

Air daripada tasik pulau itu dipercayai dapat merawat kemandulan dengan cara minum atau mandi dengannya. Sehingga ke hari ini, masih ada kepercayaan wanita yang sukar mendapatkan anak, akan dikurniakan cahaya mata jika mandi di dalam tasik itu.

Terdapat banyak versi cerita rakyat berkenaan asal-usul pulau itu. Bagaimanapun, sehingga kini kebenaran cerita itu belum dibuktikan lagi.
DARI SISI TEPI KELIHATAN SEPERTI PEREMPUAN SEDANG MENGANDUNG
Ada yang mengatakan tasik air tawar berbentuk kawah itu menjadi tempat kegemaran seorang puteri dari kayangan, Puteri Dayang Sari untuk mandi dan bermain.
DARI SUDUT ATAS KELIHATAN SUSUK TUBUH WANITA SEDANGMENGANDUNG
Dikhabarkan pada suatu hari, seorang putera raja bernama Putera Teja telah terserempak dengan Puteri Dayang Sari yang sedang mandi di tasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan puteri kayangan itu hingga dia jatuh cinta.
CERITA legenda Puteri Dayang Sari dan asal-usul Pulau Dayang Bunting diabadikan pada plak yang terdapat di pulau tersebut.
Putera Teja cuba memikat Puteri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya menemui jalan buntu, dia kemudian berjumpa dengan seorang lelaki tua bernama Tok Diang bagi mendapatkan nasihat bagaimana caranya untuk memenangi hati puteri tersebut. Tok Diang lalu menyuruh Putera Teja membasuh mukanya menggunakan air mata duyung.

Apabila dia berbuat demikian, Puteri Dayang Sari terus jatuh cinta dengan ketampanan Putera Teja dan mereka pun berkahwin. Selepas berkahwin, Puteri Dayang Sari hamil. Malangnya bayi itu meninggal dunia selepas tujuh hari dilahirkan akibat penyakit misteri.

Puteri Dayang Sari merasakan perkahwinannya dengan Putera Teja merupakan satu kesilapan. Selepas mengebumikan bayi tersebut, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali ke kayangan dan tidak kembali lagi. Setelah peristiwa tersebut, tasik itu dinamakan Tasik Dayang Bunting sebagai tanda simpati orang ramai kepada pasangan malang itu.

Gergasi
PENUNGGU TASIK DAYANG BUNTING
Satu versi lain pula mengatakan Dayang Bunting ialah manusia gergasi yang ditugaskan menjaga pulau itu. Singa peliharaan dan racun daripada akar tuba dijadikan senjata sekiranya ada yang mahu menceroboh. Oleh itu, kedua-dua pulau yang berada paling dekat dengan Pulau Dayang Bunting seakan-akan menyerupai gergasi hamil iaitu Pulau Singa Besar dan Pulau Tuba.

Ada juga yang mengatakan pulau itu berpenunggu kerana pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu, seorang askar Jepun yang mandi di tasik itu dalam keadaan berbogel dibaham seekor buaya putih penunggu tasik tersebut.

Cerita ini timbul sebelum perang lagi dan ia diterjemahkan dalam pelbagai versi yang berlainan. Tiada kajian menyeluruh untuk membuktikan kebenaran cerita mengenai pulau ini. 
PULAU Dayang Bunting terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Langkawi.
Mengikut cerita yang saya peroleh, pada zaman dahulu terdapat seorang dayang istana yang bersekedudukan dengan seorang lelaki di istana sehingga hamil. Anaknya meninggal dunia selepas dilahirkan dan dibuang ke dalam tasik sehingga menjelma menjadi buaya putih. Hanya mereka yang bernasib baik berjumpa dengan kelibat buaya putih itu.
BUAYA PUTIH INI DIKATAKAN JELMAAN
Cerita lisan yang diperoleh banyak yang tidak benar dan untuk membuktikannya, hasil temu bual bersama penduduk setempat boleh dibuat dalam bentuk bertulis.

Cerita kononnya wanita yang sukar mendapatkan anak, hamil selepas minum dan mandi menggunakan air dari tasik itu suatu kebetulan sahaja dan bukan sebab air dari tasik yang didakwa sebagai penawar kemandulan itu.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: