Nuffnang Ads

Rabu, Oktober 15, 2014

DULU JAMAL ABDILLAH KINI 'HAJI JAMAL ABDILLAH'

SEMPAT BERGAMBAR: Jamal Abdillah (kanan) bersama Afdlin bergambar bersama semasa berada di Arafah. Afdlin sempat memuat naik gambar mereka di Instagram. - Foto AFDLIN SHAUKI 
KALAU suara dah merdu, mengalunkan azan pun tentulah lebih menyentuh perasaan.

Begitulah halnya dengan Jamal Abdillah, yang dikatakan diminta mengalunkan azan semasa berada di Arafah pada hari wukuf, Jumaat lalu.

Jamal merupakan antara personaliti artis yang turut mengerjakan haji tahun ini, selain pelakon dan pengarah Afdlin Shauki dan Adi Putra.

Dari Singapura pula, antara yang menunaikan haji termasuk personaliti memasak, BJ Kadir, dan seniwati filem, Hashimah Yon.

Hujung minggu lalu Afdlin sempat memuat naik gambar beliau bersama Jamal di Instagram ketika berada di Arafah.

"... Haji Jamal Abdillah tadi dia sudah azan masa kita solat maghrib di Arafah... meremang bulu roma, menitis air mata dengar suara beliau memanggil orang bersolat," komen Afdlin di laman media sosial itu.

Afdlin mengerjakan haji bersama ibunya, Fazilah Jailani, 67 tahun.

Hashimah, menerusi laman Facebooknya berkata beliau berada di Tanah Suci dari 10 September hingga 10 Oktober.

"Semoga dengan doa sekalian, saya sentiasa diberi kekuatan, kesihatan dan kemudahan menunaikan fardu haji," ujarnya.

Source:beritaharian.sg

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: